Hubungan Yang Serasi Juga Boleh Berpisah, Apa Puncanya?

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang inginkan hubungan yang serasi antara kedua-dua belah pihak. Namun, tidak semua hubungan yang serasi ini akan berakhir dengan kebahagiaan. Boleh jadi sahaja, mereka ini hanya serasi apabila berhadapan dengan orang ramai tetapi masing-masing menyimpan perasaan yang tidak mampu terluah. Mari ketahui mengapa hubungan serasi ini juga boleh menyebabkan perpisahan.



1. Bosan dengan sikap pasangan.

Apabila terlalu banyak persamaan dan terlalu memahami akan menyebabkan seseorang itu mula rasa bosan terhadap pasangan mereka. Hal ini kerana, mereka mudah membaca setiap tingkah laku pasangan mereka. Jadi setiap keputusan yang akan dibuat juga mudah dibaca.

2. Tiada cabaran.

Siapa yang suka hubungan terlalu biasa? Pasti tidak ramai bukan. Hal ini kerana, cabaran dalam hubungan mampu mengeratkan hubungan yang terjalin. Mana tidaknya semakin banyak kepayahan yang perlu diharungi makin sayang lah terhadap hubungan tersebut. Pasti masing-masing akan cuba pertahankan hubungan tersebut.

3. Tiada drama air mata.

Apabila terlalu memahami pasangan, maka tiadalah drama air mata. Drama air mata ini juga membuat hubungan semakin kuat. Mana tidaknya, di sinilah akan berlaku babak pujuk memujuk. Jika tiada babak ini tidak meriah lah hubungan.

4. Lebih memilih untuk mengabaikan.

Pasangan yang serasi ini pasti cukup kenal akan pasangan mereka ini. Maka setiap perbuatan yang dilakukan pasangan pasti akan diabaikan walaupun kelakuan itu tidak sepatutnya. Mereka selalu menyatakan pasti ada sebab tersendiri mereka melakukan perkara tersebut.


5. Berpura-pura.

Siapa sangka pasangan yang serasi ini selalu berpura-pura antara satu sama lain. Hal ini kerana, mereka inginkan perhatian daripada orang sekeliling. Hubungan mereka ini hanya untuk menjadikan contoh sahaja, tetapi masing-masing tidak bahagia.

6. Tiada jodoh.

Walaupun baik macam mana pun hubungan anda, tetapi jika sudah ditakdirkan bahawa dia bukan jodoh anda ia tetap bukan jodoh anda. Jangan pernah sayangi seseorang lebih dari anda sayangi diri anda sendiri,

Jangan terlalu berharap anda akan jumpa pasangan yang serasi iaitu dengan saling memahami serta jarang berlaku pergaduhan. Hal ini kerana, banyak kesan yang buruk berbanding dari kesan yang baik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen