Panduan Untuk Bahagia Apabila Memilih Duda Sebagai Calon Suami.

Oleh: Zuzu Yasmine

Cinta itu buta, ia tidak memandang siapa yang anda ataupun siapa dirinya. Begitu juga dengan jodoh, tiada siapa tahu siapa jodoh dirinya. Boleh jadi seorang bujang, anak dara, janda mahupun duda. Tetapi peraturan mengenai jodoh ini pasti telah diaturkan dengan sebaik-baiknya. Hanya bergantung pada diri sendiri untuk menikmatinya bagaimana. Berikut adalah panduan untuk bahagia apabila memilih duda.



1. Ambil tahu penyebab dirinya berpisah dalam hubungan terdahulu.

Penceraian berlaku biasanya ada dua sebab. Yang pertama kerana kelakuan isterinya dan kedua kelakuan dirinya sendiri. Jika punca penceraian adalah kerana isterinya dahulu, mungkin anda akan lebih tenang dan dirinya akan lebih menghargai anda. Tetapi sekiranya dirinya yang menjadi punca, anda yang perlu berhati-hati.

2. Pastikan status dirinya.

Apabila anda mendekati seorang duda, anda perlu pastikan status dirinya yang benar-benar sudah berpisah dengan isterinya. Jika anda tidak mahu diri anda mendapati tertipu. Bukan itu sahaja anda juga akan mendapat masalah kerana menjadi orang ketiga dalam hubungan dia dan isterinya.

3. Memikat hati anak-anaknya.

Jika dirinya mempunyai anak, adakah anda dapat menerima mereka dengan hati yang ikhlas. Apabila anda berkahwin dengan duda, anda perlu tahu mereka ini mempunyai anak-anak dan mereka sayang akan anak mereka ini. Pasti mereka inginkan anak-anak mereka mendapat layanan yang baik dari anda.


4. Pastikan hati anda benar-benar kuat.

Anda mungkin akan mendapat pelbagai dugaan apabila berkahwin dengan seorang duda. Mungkin orang di sekeliling anda akan mengata anda. Mungkin juga bekas isterinya akan mengacau hubungan anda kerana ingin memiliki pasangan anda kembali. Jadi anda perlu bijak menangani masalah tersebut.

Tidak salah berkahwin dengan seorang duda. Hal ini kerana, dia lah jodoh yang sudah tertulis untuk anda. Hanya anda sahaja perlu yakin dan percaya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen