Saat Rindu Datang, Apakah Yang Anda Rasakan?

Oleh: Zuzu Yasmine

Rindu itu adalah apabila kita terlalu teringat akan seseorang hingga ingin berjumpa dengan dirinya. Setiap orang yang memiliki rindu dalam hatinya masing-masing itu ditujukan untuk orang tersayang atau kenangan terdahulu. Namun tidak semua rindu boleh disampaikan dengan mudah. Tidak semua orang mampu kembali pada kenangan itu. Apa yang anda rasakan apabila terlalu rindu akan seseorang?



1. Kenangan muncul dalam fikiran.

Apabila anda berehat dengan menenangkan fikiran tidak mustahil kenangan yang anda rindui tidak akan menjelma. Anda cuba membuangnya dari fikiran anda, namun ia sia-sia. Apa yang anda akan lakukan adalah melihat dirinya dari jauh dan mengimbas kembali kenangan lalu.

2. Rindu tidak penah padam malah makin membara.

Mungkin anda telah mencuba pelbagai cara untuk menghapuskan rindu itu, tetapi bukannya padam malah berkembang. Anda mencuba sesuatu yang anda tidak pernah lakukan sebelum ini, anda melakukan sesuatu yang anda suka, tetapi ia tetap di dalam fikiran anda.

3. Anda menyebut namanya di dalam doa.

Menyimpan kerinduan boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tetapi cara setiap orang menyimpannya mungkin berbeza-beza. Anda berdoa untuk mendapatkan ketenangan. Anda mungkin tidak dapat menyampaikan secara langsung kerana dia gembira dengan keadaannya sekarang.


4. Berharap dirinya juga turut merindui anda.

Tidak salah untuk berharap sebegitu. Tetapi jika dirinya sedang bahagia pada masa ini, masa mungkin dia akan mengingati anda. Jangan letak harapan yang akan selalu kecewakan hati anda semula.

Walaupun rindu itu kadang kala menyakitkan, dan menyukarkan anda. Terus bersedia untuk menghadapinya dengan perkara yang matang bukannya perkara yang mendatangkan penyesalan dalam diri anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen