Antara Alasan Lelaki Tidak Kacak Lebih Setia Apabila Memiliki Pasangan Yang Cantik.

Memiliki pasangan yang sama padan dan sama cantik adalah idaman setiap orang. Persepsi apabila memiliki pasangan sebegini adalah kerana ingin mempunyai anak-anak yang comel malah berbangga jika bayi yang dilahirkan sangat cantik. Itulah lumrah setiap manusia yang terlalu mementingkan paras rupa.

SETIAP MANUSIA ITU MEMILIKI KECANTIKAN YANG TERSENDIRI, BEGITU JUGA DENGAN BAYI YANG BAKAL DILAHIRKAN.

Pada zaman sekarang, ramai kaum wanita lebih mencari lelaki yang mempunyai paras rupa yang sederhana dan tidak terlalu kacak kerana tidak suka bersaing dengan wanita lain. Lelaki kacak ini juga terlalu ramai peminat sehinggakan mereka juga rimas dengan kehadiran wanita yang terlalu mementingkan paras rupa dan harta.



Tetapi, apakah alasan lelaki yang tidak kacak, malah bergaji kecil tetapi tetap bahagia disamping pasangan? Jom ketahui antara alasan tersebut…

1. Lebih menghargai.

“If you love a flower, don’t pick it up. Because if you pick it up it dies and it ceases to be what you love. So if you love a flower, let it be. Love is not about possession. Love is about appreciation.”-Osho-

Apabila anda memiliki barang yang anda terlalu sayang, pasti anda menjaga barang tersebut dengan sepenuh jiwa raga bukan? Itulah yang dilakukan oleh lelaki seperti ini.

2. Lebih merendah diri (down to earth).

Kebahagiaan yang dimilki oleh lelaki tidak kacak ini berbeza. Ternyata kebahagiaan setiap orang itu berbeza, namun apabila wanita cantik berpasangan dengan lelaki tidak kacak, bahagia yang mereka kecapi itu sangat berbeza. Ini kerana sifat lelaki tidak kacak yang sentiasa merendah diri dan mengajar untuk menghargai walaupun rezeki yang dimiliki itu tidak banyak.



3. Adanya kelebihan disebalik kekurangan.

Setiap orang pasti memiliki kelebihan yang tersendiri. Begitu juga pada lelaki yang tidak kacak. Rupa paras bukan lah penentu kehidupan mereka, oleh kerana itu mereka mempunyai kelebihan yang diberi oleh Allah SWT seperti kelebihan memasak, melukis, bermain muzik atau berpuitis. Dengan cara ini lah mereka tidak berputus asa untuk mencuri hati wanita yang mereka cintai.

Boleh dikatakan cara mereka mencuri hati wanita itu dengan cara yang berbeza dan unik.

Ternyata setiap individu mempunyai citarasa mereka yang tersendiri, dan sudah pasti setiap daripada mereka mempunyai cara tersendiri untuk memikat hati pasangan. Namun sedemikian ia terpulang juga pada matangnya seorang individu tersebut untuk mengatasi masalah kesetiaan. Jangan lah meletakkan kesetiaan hanya pada paras rupa sahaja.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen