Antara Situasi Anda Akan Berasa Gementar Ketika Majlis Perkahwinan Dan Cara Untuk Atasinya.

Sepanjang berlakunya majlis, anda dan bakal suami pasti akan melalui momen-momen cemas seperti berikut…

Situasi 1: Di Awal Hari Majlis Perkahwinan.

Bangun lah pada awal pagi kerana ia hari penting buat anda. Tunaikan solat dan mandi sunat supaya badan anda segar. Wangikan badan dengan aroma yang sesuai. Ini akan membantu 'mood' dan perasaan anda untuk menghadapi hari istimewa ini.



Jangan abaikan sarapan pagi, bimbang nanti anda tidak selesa kerana perut memulas kelaparan. Periksa baju pengantin dan aksesori yang akan dipakai nanti, pastikan semua tersedia dan dalam keadaan yan baik. Bersolek dan tukar pakaian anda. Jika ada kesempatan, boleh bergambar secara solo atau bersama saudara-mara.

Situasi 2: Semasa Majlis Akad Nikah.

Duduk dalam keadaan tenang dan selesa. Banyakkan berdoa dalam hati agar majlis berjalan demgan lancar. Biasanya majlis akad nikah akan dimulakan dengan bacaan khutbah nikah oleh kadi. Dengar dengan teliti, jangan sampai tertidur!



Untuk pengantin lelaki, selesai akad nikah, bersalam-salaman dulu dengan kadi dan orang-orang di sekeliling anda sebelum menunaikan solat sunat syukur. Kemudian, berjumpa dengan pasangan untuk upacara membatalkan air sembahyang. Sarungkan cincin dan serahkan mas kahwin.

Pengantin lelaki mungkin akan dipaksa mencium dahi pasangan, jadi pastikan anda boleh melakukannya dengan sebaik mungkin. Kemudian, bersalam-salamanlah dengan semua orang sebelum berarak ke tempat majlis perkahwinan.

Situasi 3: Semasa Majlis Perkahwinan.

Pastikan anda mengikuti segala acara yang telah dirancang. Layan tetamu yang datang dengan baik. Pastikan anda dan pasangan mengekalkan wajah yang berseri-seri sepanjang majlis walaupun kepenatan.



Jangan duduk sahaja di atas pelamin. Sebaliknya, turun dan beramah-mesra dengan tetamu. Ucapkan terima kasih atas kesudian menghadiri majlis perkahwinan anda. Bergaullah dengan seramai mungkin tetamu, jangan hanya menumpukan kepada rakan terdekat sahaja. Jika ada permintaan, jangan malu-malu untuk mengambil gambar bersama-sama tetamu.

Situasi 4: Pada Akhir Majlis Perkahwinan.

Majlis perkahwinan anda selesai juga akhirnya. Kini, anda bersama-sama dengan pasangan anda. Tunjukkan kasih sayang anda padanya, ambil berat akan semua keperluannya. Temani suami atau isteri anda untuk bergaul dan beramah-mesra dengan ahli keluarga anda. Pakailah pakaian yang sesuai dan gembirakan semua orang yang telah membantu untuk majlis perkahwinan anda.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen