Tips Cinta: Cara Untuk Mencuri Hati Si Dia Melalui Telefon Bimbit Sahaja.

Terdapat pelbagai taktik untuk memikat malah mencuri hati si dia. Salah satunya adalah dengan melalui telefon bimbit. Dengan perkembangan teknologi zaman sekarang, sudah tentu terdapat banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk memikat hati si dia. Aplikasi yang paling mudah adalah whatsapp.



Apabila anda terlalu malu untuk berjumpa dengan si dia, tidak salah anda memulakan langkah untuk memikat hati si dia melalui whatsapp sahaja. Jadi bagaimana anda harus lakukan?

1. Pick-Up line.

Anda buntu dengan kata-kata romantik, jadi tidak salah secara tiba-tiba atau pada waktu yang tidak dijangka hanya menghantar gambar berwarna hitam kepadanya. Pasti si dia akan tertanya-tanya kenapa anda menghantar gambar tersebut. Jawapannya adalah;

“Kerana hari saya kelam bila tak nampak wajah awak hari ni” pasti si dia tersenyum tersipu-sipu keseorangan ketika itu.

2. Hantar gambar atau video lucu.

Terdapat banyak gambar dan video yang lucu pada zaman sekarang. Malah banyak juga gambar dan video yang lucu viral di sosial media. Jadi hantarkan gambar tersebut kepada mereka pada waktu-waktu santai, pasti si dia akan tertawa. Dan cuba taktik anda tidak hantar apa-apa gambar atau video padanya, pasti si dia akan tertanya-tanya kehadiran anda.



3. Mulakan dengan perbualan lucu.

Apabila anda telah berani, tidak salah sekiranya mahu hubungi si dia pada waktu-waktu tertentu. Tetapi jangan pula kacau mereka ketika tengah malam, itu pun jika si dia tidak kisah dikacau oleh anda sendiri. Jadi mulakan dengan perbualan yang lucu atau teka-teki yang tak masuk akal. Jika anda berjaya membuat si dia tergelak, pasti anda sudah hampir mencuri hati si dia.

4. Memuji.

Apabila sudah lama berkenalan dan sering hubungi antara satu sama lain. Ketika ini lah anda perlu masuk ke tahap untuk mengetahui si dia dengan lebih dalam. Cuba anda memuji cara mereka bercakap, tergelak ketawa atau kepintaran semasa mengulaskan isu. Malah anda boleh menyatakan hanya si dia yang anda sering hubungi dan tiada yang lain.



5. Gunakan emoji.

Lelaki jarang menggunakan emoji yang banyak seperti wanita. Jika anda sebagai lelaki mahu mencuri hati si dia melalui whatsapp, jangan lupa penggunaan emoji ya. Jika anda hanya tahu jawab dengan ringkas atau sepatah-sepatah kemudian dengan titik yang berpanjangan………

Pasti si dia hanya menganggap anda sebagai kawan sahaja….



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen