6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan Bersama Pasangan.

Kadang-kala apabila telah lama bercinta tidak kira sama ada yang telah berkahwin atau belum berkahwin, terdapat pelbagai aktiviti telah dilakukan bersama pasangan. Sehingga kan tiada lagi aktiviti menarik untuk dilakukan bersama kerana sering melakukan aktiviti yang sama. Jadi apakah aktiviti lain daripada lain yang kalian berdua boleh lakukan..

1. Menonton filem.

Aktiviti cliché ini pasti sering dibuat oleh pasangan, tetapi cuba kalian lakukan dengan cara yang berlainan. Jika dipanggung wayang tidak salah sekali sekala anda berdua duduk di couple sit atau tempat yang eksklusif yang hanya untuk telah berkahwin sahaja.

Selain daripada itu, bawa sahaja laptop dan menonton di dalam kereta bersama atau di Taman. Cari sahaja pemandangan yang indah dan cantik, pasti akan memberi kenangan yang manis pada anda berdua.

2. Makan di tempat yang menarik.

Buntu untuk mencari kedai makan yang lain daripada yang lain? Tonton sahaja rancangan Jalan-Jalan Cari Makanan, dan muatnaik aplikasi mereka untuk mengetahui tempat terbaru untuk disinggah.



3. Konsert/Festival/Muzium.

Sama ada terlalu ramai orang, atau terlalu sunyi sehingga tidak boleh membuat bising. Terdapat pelbagai cara untuk berhibur, ikut sahaja citarasa pasangan. Jika pasangan gemar pergi ke konsert, teman sahaja mereka untuk merasakan kehangatan orang ramai. Jika pasangan gemar pergi ke tempat yang berseni seperti Muzium, temani mereka dan cuba memahami minat mereka.

4. Aktiviti Ekstrem atau Taman Tema.

Aktiviti ekstrem seperti hiking atau paintball. Jika di Taman Tema, naiki lah Roller Coaster  seperti di Genting Highlands atau di Time Square Theme Park, Kuala Lumpur. Hubungan anda akan bertambah erat jika bijak menyelitkan aktiviti sebegini.



5. Berkelah.

Berkelah tidak semestinya di pantai sahaja, seperti di Putra Jaya atau Taman Botani atau mana-mana sahaja Taman yang bersesuaian. Jika angin kuat ketika itu, boleh sahaja anda dengan pasangan bermain layang-layang atau meniup belon seperti keanak-anakan. Tidak salah lakukan aktiviti santai begini, tidak lah hubungan itu terlalu serius.

6. Game online.

Zaman sekarang terlalu banyak game online yang memerlukan anda untuk bermain secara beramai-ramai. Terutama pada wanita, mungkin bagi anda bosan apabila untuk bermain game sebegini, tidak salah jika sekali sekala anda join bersama pasangan. Pasti ia amat menyeronokkan, tetapi jangan sampai ketagih.

Selain itu, anda dan pasangan boleh sahaja pergi ke Zoo atau di Melaka banyak sahaja tempat dan aktiviti untuk dilakukan. Menaiki Taming Sari, Cruise pada waktu malam, naik beca, bermain Roller Blade di Dataran Pahlawan dan pelbagai aktiviti lagi.



 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen