Jalinkan Hubungan Cinta Yang Berbeza Agama? Jangan Takut, Ikuti Tips Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjalinkan hubungan cinta yang berlainan agama ini tidak salah, yang salahnya apabila anda memilih untuk mengikut ajaran agamanya. Sebaliknya, apabila anda bercinta dengan mereka yang berlainan agama ini, anda seharusnya membimbing serta membuat mereka berminat terhadap Agama Islam ini. Bagaimana pun, jangan pernah ragu-ragu untuk bercinta dengan mereka ini. Hal ini kerana, anda akan peroleh ganjaran yang besar sekiranya mereka memeluk Agama Islam. Berikut adalah bagaimana anda menjalinkan hubungan ini.



1. Menjaga batas-batas pergaulan.

Jangan membuat dirinya memandang rendah terhadap agama kita. Kita seharusnya menjaga cara kita bergaul dengannya. Jangan pernah melakukan sesuatu yang menyebabkan dia memandang serong terhadap agama kita.

2. Menikmati hubungan tersebut.

Jangan menyakitkan kepala anda dengan masalah ini. Anda seharusnya bercinta sama seperti orang yang tidak berbeza agama. Jangan hilang nikmat bercinta hanya kerana anda dan dirinya berbeza agama.

3. Jangan menjalinkan hubungan secara senyap-senyap.

Bersifat lebih terbuka dan bersedia menerima pandangan orang lain. Anda seharusnya memberitahu keluarga anda agar tidak ada berlaku salah faham. Cuba memberitahu mereka dengan lebih awal akan hubungan kalian, mana tahu mereka dapat membantu anda nanti.


4. Jangan memaksanya untuk menukar agama.

Jangan pernah melakukan ini. Untuk menukar agama, ia memerlukan seseorang yang benar-benar ikhlas menerimanya. Bukan atas paksaan dan kerana sayang akan anda. Jika itu berlaku, pasti akan hadapi masalah dikemudian hari.

5. Bincang seelok-eloknya.

Pasti masing-masing mempunyai pertanyaan, ke mana arah tujuan hubungan kalian. Ataupun apakah kesudahan hubungan tersebut. Cuba untuk berbincang dengan cara yang elok sehingga mendapatkan penyelesaian yang baik untuk kedua pihak.

Jangan pernah takut untuk mencintai si dia yang berbeza agama. Hal ini kerana, kita tidak mampu mengawal hati dan perasaan kita untuk membenci dan menyukai seseorang. Jika kita tahan perasaan itu, ia pasti mendatangkan kesakitan pada diri sendiri.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen