Cara-Cara Untuk Mengambil Hati Ipar Duai.

Mengenali hati budi pasangan agak berbeza berbanding dengan ibu bapa mertua dan ipar duai. Menjadi perkara yang besar dan parah jika pasangan memiliki adik beradik yang ramai, sudah tentu anda akan menjadi serabut jika anda adalah anak tunggal. Melayan hati budi ibu mertua tidak sama dengan ipar duai kerana orang tua kebiasaannya lebih memahami.



Jika mempunyai ipar duai yang mengata bagaimana? Anda lebih selamat keseorangan, bukan? Jadi, apakah langkah selamat untuk memikat hati mereka?

1. Berkongsi minat.

Semasa mengenali hati budi pasangan, tidak salah jika anda mahu mengorek rahsia daripadanya untuk mengetahui minat dan hobi adik-beradik si dia. Dan yang paling penting adalah, perkara apa yang menjadi pantang larang dan tidak disukai oleh mereka. Malah makanan yang bagaimana mereka tidak suka atau berkemungkinan mempunyai alahan.



2. Tambat perut mereka.

Seperti untuk memikat hati pasangan terutamanya pada wanita, ipar duai anda juga pasti mahu merasa masakan anda, bukan? Jadi tambat perut mereka dengan masakan yang anda rasakan anda mahir untuk memasak. Tetapi jangan terlalu mengikut anak tekak sendiri seperti terlalu pedas, terlalu masin, terlalu manis. Masaklah dengan penuh kasih sayang dan ikhlas, pasti masakan tersebut tersu dekat dihati mereka.

3. Jangan mengampu.

Sesetengah wanita menganggap hanya dengan memuji kecantikan, berbual terlebih mesra dan memberi pelbagai hadiah mampu untuk membina hubungan yang erat dengan ipar duai, tetapi cara itu adalah salah, kerana anda kelihatan seperti ‘Trying Hard’.

Jadi lah diri sendiri dan cuba jangan menyombong pula. Mereka pasti tahu anda berasa amat kekok apabila dikelilingi adik-beradik yang terlalu ramai untuk kali pertama.



4. Jangan terlalu obsess dengan bakal suami.

Anda seperti mahu menatap wajah suami 24 jam dan tidak langsung menoleh sana sini. Jangan pula begitu, cuba bergaul dengan adik-beradik mereka terutama pada wanita. Jika ini terjadi pada lelaki mereka tidak kisah untuk berbual dengan orang lain dan boleh menjadi peramah. Wanita seperti kekok kerana sudah terbiasa dengan keluarga sendiri, jika dengan pasangan pun, hanya untuk bermanja.

5. Jangan campur urusan peribadi.

Oppsss! Jangan sesekali anda menjadi terlalu busy body dan menadah telinga jika mendengar ipar duai sedang mengumpat. Jauhkan diri anda daripada situasi berikut dan lakukan sebarang kerja dengan ibu mertua anda. Jangan campur hal rumah tangga ipar duai juga, melainkan mereka sendiri yang meminta nasihat daripada anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen