Sebelum Menjadi Isteri, Lakukan 7 Perkara Ini Untuk Persediaan Mental Dan Fizikal (Bahagian 2).

JADI, DARI SEGI ASPEK YANG BAGAIMANA SEORANG WANITA HARUS PERSIAPKAN DIRI UNTUK FIZIKAL DAN MENTAL?

Keempat wajah;

Untuk mendapat wajah yang berseri ketika majlis perkahwinan, mekap bukan lah perkara utama yang membuatkan wajah anda menjadi gebu dan mulus. Perkara utama yang anda perlu ketahui adalah dengan penjagaan dalaman badan, elakkan minuman berkafein bergelas-gelas pada satu hari. Tahanlah godaan kafein tersebut, tetapi minum air kosong yang secukupnya.



Dan jangan lupa makan vitamin C untuk kulit yang sihat dan membuat facial. Tidak perlu facial yang mahal, buat dirumah sahaja memadai.

4. Bermanja dengan keluarga sepuas-puasnya.

Mengapa Allah SWT memberi anda masa untuk bertemu jodoh? Ia adalah dengan untuk menikmati waktu dan masa bersama dengan keluarga sepuas-puasnya. Ketika ini lah anda masih boleh bermanja dengan ibu untuk tidur bersama dengannya, menyuapkan makanan, mengurut badan ibu dan membuat pelbagai aktiviti lagi.

Lakukan pelbagai aktiviti yang tidak dirancang bersama ibu bapa dan adik-beradik, nanti dah kahwin pasti ingin duduk bawah ketiak si suami pula. Nak keluar pun kena minta izin suami tau!



5. Hadiahkan sesuatu yang istimewa pada diri.

Sementara anda masih SINGLE BUT NOT AVAILABLE, luangkan masa untuk sendirian juga yang dipanggil ‘ME TIME’. Emosi setelah berkahwin, anda pasti tidak dapat menjangka kerana mahu ‘Me Time’ pun suami tak bagi nanti. Dugaan berkahwin ini besar, jadi persiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk harungi segala hal diluar jangkaan.

6. Pergi bercuti bersama sahabat baik anda.

Jika berkesempatan luangkan juga masa bersama sahabat anda. Setelah berkahwin anda akan jarang meluangkan masa bersama mereka kerana BFF anda adalah suami anda kelak. Luangkan aktiviti seperti ‘Short Trip’ kemana-mana sahaja. Jika sahabat baik anda sudah berkahwin, luangkan masa berkelah juga sudah memadai.



7. Persiapkan diri dengan kehidupan alam perkahwinan.

Anda harus persiapkan diri anda dengan pelbagai ilmu. Rajinkan bertanya pada yang lebih berpengalaman, pergi ke majlis ilmu agama dan rajin membaca ilmu kekeluargaan. Ketika ini jangan masih sibuk menonton drama korea sehingga akhir episode dan insomnia. Bagaimana untuk terapkan perasaan tanggungjawab didalam diri jika tiada rasa empati?

Ingat, dugaan berkahwin ini besar dan tanggungjawab anda sebagai isteri akan menjadi lebih besar!



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen