Apa Yang Anda Perlu Lakukan Jika Terjumpa Dengan Bekas Kekasih?

Sudah sekian lama anda dengan bekas kekasih tidak bersua sejak berpisah, tetapi kali ini anda dengan si dia bakal berjumpa hanya kerana reunion sekolah, atau kenduri perkahwinan seorang kawan. Jika anda berdua pergi ke sekolah yang sama, malah satu kelas, sudah tentu mempunyai golongan kawan yang sama juga.

Apa yang anda perlu lakukan?

1. Memakai pakaian yang selesa.

Pasti anda mahu nampak hebat di depan mereka. Masing-masing sudah mempunyai kerjaya sendiri, haluan hidup sendiri, pasti anda tidak mahu mempertontonkan kelemahan atau keburukan pada si dia. Apabila berpakaian, pastikan ia menyerap peluh dan selesa dipakai.

2. Bersosial dengan tenang.

Jangan terlalu nampak sangat anda gementar apabila berjumpa atau terserempak dengan si dia. Cuba bertenang, dan bersosial sahaja dengan rakan-rakan anda yang lain seperti tiada apa-apa yang serius berlaku. Perlakuan anda sebegini kelihatan seperti anda masih tidak boleh move on.



3. Pastikan ada Plus-One.

Jika anda menghadiri mana-mana majlis atau kenduri dan pasti dengan kehadiran si dia, pastikan anda membawa pasangan anda sendiri. Ini untuk mengelakkan anda berasa gementar apabila TERJUMPA dengan bekas kekasih. Kalau anda masih tiada teman lelaki, bawa sahaja kawan perempuan anda, tidaklah nampak seperti kesunyian.

4. Kamu Yang Baru.

Taktik ini hanya akan berhasil jika kawan-kawan kamu yang paling rapat dan dipercayai turut sama ada di acara itu. Teman anda boleh buka cerita tentang tawaran kerja yang anda baru terima atau apartment yang bakal anda beli itu. Bukankan lebih bagus jika si dia mendengar tentang perkembangan kamu dari kawanmu daripada mulut kamu sendiri?



5. Pulang pada masa yang telah ditetapkan.

Jika si dia merancang untuk pulang sehingga habis majlis, anda pula tidak perlu untuk pulang pada waktu yang sama. Pulang sahaja lebih awal supaya ia kelihatan seperti ada benda penting yang lain untuk diuruskan.

6. Jangan berkecil hati.

Anda seperti terkilan apabila rakan-rakan yang anda kenal dahulu lebih banyak berbual dengan bekas kekasih. Mungkin anda sudah putuskan hubungan dengannya tapi tidaklah bermakna orang lain tidak boleh berkawan dengannya. Tidak matang jika anda memilih untuk tidak bertegur dengannya dan memaksa kawan-kawan kamu anda melakukan perbuatan yang sama.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen