Wanita Bermulut Murai Tidak Disukai Lelaki, Mengapa?

Oleh: Zuzu Yasmine

Mulut murai lebih menggambarkan seseorang yang banyak cakap dan sukar untuk berhenti. Wanita yang selalu dikaitkan dengan mulut murai ini biasanya mereka yang suka membebal tidak kira masa. Tidak semua orang menyukai wanita bermulut murai, hal ini kerana mereka ini biasanya mengganggu ketenangan orang lain disekeliling mereka. Orang lelaki juga dikatakan turut tidak mengemari wanita bermulut murai ini. Mari lihat mengapa mereka ini kurang disenangi.



1. Tidak memberi peluang orang lain berkata-kata.

Biasanya kalau mereka yang bermulut murai ini telah berkata-kata, memang tidak ada peluang lah orang lain untuk menyampuk. Hal ini kerana, dia sahaja kalau boleh bercakap dan menerangkan semua benda bagi pihak orang lain. Sudah pasti dia akan menimbulkan ketidakselesaan orang lain.

2. Sukar untuk menyimpan rahsia.

Jangan menyuruh mereka ini menyimpan rahsia, sudah pasti akan terbongkar secara tidak sengaja. Mana tidaknya, mereka ini terlalu banyak cakap sehingga tercakap perkara yang tidak sepatutnya. Macam mana kalau rahsia yang mendatangkan fitnah, pasti akan berlaku pergaduhan.

3. Tidak mudah untuk menjaga perasaan.

Mereka ini juga dikatakan sukar menjaga perasaan orang disekeliling mereka. Mana tidaknya, mereka ini lebih suka berkata-kata tanpa memikirkan orang disekeliling. Sudah pasti ada sahaja ayat yang akan membuat orang lain terluka.

4. Suka ambil tahu hal orang lain.

Bukan hanya suka bercakap, mereka ini juga biasanya suka mengambil tahu hal orang lain. Jika tidak ambil tahu hal orang lain pasti tiada modal untuk jadi bahan berbual bukan.


5. Mudah menyebarkan perkara yang tidak baik.

Apabila terlalu banyak bercakap, tidak mustahil terlepas perkara-perkara yang mampu mendatangkan unsur fitnah. Apabila telah tersebarnya perkara tidak baik pasti ia akan menimbulkan salah faham ramai orang. Bukan itu sahaja, penyebaran berita tidak baik ini biasanya lebih cepat.

Sebab akan lima perkara ini lah kaum lelaki kurang gemar dengan mereka yang bermulut murai ini. Sperti kata perpatah, kerana mulut badan bina. Jadi mereka pasti inginkan pencegahan awal dalam menerima calon yang bermulut murai ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen