5 Jenis Wanita Yang Lelaki Hanya Anggap Sebagai Kawan Sahaja.

Kebanyakan bagi lelaki, ada sebahagian wanita yang mereka anggap sebagai kawan atau teman rapat sahaja kerana sikap peribadi yang mungkin amat menjengkelkan.

Jika ada wanita yang protes dengan kenyataan ini, berkemungkinan sudah acap kali si lelaki menegur, tetapi ego yang terlalu tinggi dan tidak mengendahkan teguran tersebut. Maka, tiada lelaki yang berminat untuk menjadi pasangan hidup mereka.



Jadi, sikap wanita yang bagaimana lelaki hanya anggap sebagai kawan sahaja…

1. Lebih dominan daripada lelaki atau bersikap seperti Boss.

Apabila segala keputusan dilakukan oleh anda sahaja seperti tentang pakaian, makanan, restoran, mahu bersosial dengan golongan-golongan tertentu pasti membuatkan lelaki rasa terpencil dan diperkecilkan kewibawaannya sebagai seorang lelaki. Bagi lelaki jika wanita ini menjadi isteri mereka, pasti bakal melahirkan seorang Queen Control.



2. Sering menangis.

Wanita berasakan apabila mereka menangis dan sering memiliki teman disisi yang sentiasa boleh memujuknya, pasti lelaki itu menyukai mereka. Jangan terus beranggapan begitu wahai wanita kerana, lelaki akan anggap anda terlalu kebudak-budakan. Cuba kawal perasaan anda untuk tidak menangis walaupun kena cakar dengan kucing.

3. Pencetus segala hal.

Lelaki agak rimas dengan wanita yang sering memulakan segala langkah. Seperti point nombor satu, lelaki sebenarnya tidak gemar jika wanita membuat keputusan dalam segala hal. Apabila dalam hubungan cinta, wanita ini juga akan membuat keputusan sendiri untuk berpisah. Jadi, lelaki akan berhati-hati dengan wanita ini dan anggap hanya kawan sahaja.



4. Terlalu posesif.

Kadang-kala lelaki gemar melayan wanita sebegini dan tidak menganggap mereka lebih daripada kawan.

“Awak kat mana?”

“Ye, saya ada ni”

“Awak makan apa?”

“Nasi”

“Kenapa tak angkat call saya?”

“Ye, nak angkat ni”

Mereka hanya melayan seperti main-main sahaja dan tidak serius. Jawab pun hanya sepatah sahaja.

5. Terlalu obses dengan idola.

Zaman sekarang sudah pasti wanita gemar fan-girling pada idola k-pop mereka. Tidak salah jika anda meminati idola k-pop anda, tetapi jangan pula terlalu obsess sehingga membeli sticker, bantal peluk wajah mereka, stoking ada gambar idola. Lelaki tidak suka jika kekasih hati mereka terlalu taksub dengan selebriti. Lebih baik taksub dengan teman lelaki mereka. Eh!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen