“Sekiranya Inginkan Jodoh Yang Baik, Perlu Bermula Dengan Diri Sendiri” – Kongsi Lelaki Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bab-bab berkahwin ini bukanya boleh buat main, kita seharusnya memilih dengan teliti siapa pasangan yang akan menjadi pilihan kita. Tetapi jika inginkan pasangan yang baik, kita perlu lihat diri kita semula. Adakah dia sesuai dengan kita ataupun tidak. Hal ini kerana, jodoh itu merupakan cerminan dalam diri kita sendiri. Berikut adalah perkongsian dari saudara Amir Syahir bedasarkan pemilihan jodoh.



Jodoh Adalah Cerminan Diri Kita
*********************************

"Ada lagi ke lelaki baik sekarang?"

"Susahnya nak cari lelaki yang baik sekarang ni."

"Perempuan baik sekarang dah makin pupus."

Untuk mendapatkan jodoh yang baik bermula daripada diri kau sendiri. Jodoh kau adalah cerminan diri kau.

Kau kena baiki diri kau terlebih dahulu. Jagalah solat, akhlak, aurat dan batas pergaulan terlebih dahulu. In Sha Allah jodoh kau akan begitu juga.

Seandainya kau sedang memperbaiki diri ke arah kebaikan, maka jodohmu juga sedang berusaha untuk berubah. Kalau nak jodoh yang baik, kau juga kena berubah jadi lebih baik. Bila tiba masanya, jodoh pasti akan tiba. Tidak pernah cepat dan tidak pernah lambat.

Allah bagi peluang untuk kau mendalami ilmu agama dan ilmu pengetahuan. Belajarlah untuk jadi suami dan isteri yang sempurna kelak. Kahwin tu nikmat, dapat suami/isteri yang baik tu
rahmat.

Susah nak jumpa jodoh yang baik adakalanya kerana kau terlalu mencari kesempurnaan bukan kesediaan menerima seseorang seadanya. Kau nak sempurna wajah dan fizikal.

Ada juga jodoh yang bertentangan dengan sifat kau. Contohnya jika kau seorang peramah, mungkin juga jodoh kau nanti seorang yang pendiam. Kau sabar, mungkin juga bakal jodoh kau yang kurang sabar.


Ia adalah untuk melengkapi kehidupan kau. Jodoh kau akan menyempurnakan kau. Bukannya kau mencari yang sempurna je.

Kekurangan itu dilengkapi. Kelebihan itu disyukuri. Jadilah suami/isteri yang sentiasa bersama saat susah dan senang. Jadilah suami/isteri yang setia sampai bila-bila.

Allah adalah sebaik-baik perancang. Allah berikan jodoh yang kau perlukan, bukannya yang kau mahu. Apa yang Allah beri itu pasti yang terbaik.

Jangan masa bercinta nak yang cun je, nak seksi, nak yang free hair tapi bila nak kahwin nak cari yang ustazah, yang penyayang, tutup aurat dan yang ada ciri-ciri keibuan bagai. Lepastu tinggalkan makwe gitu je. Tak baik macam tu. Sama-sama lah kau ajak dia berubah. Sama-sama jadi baik.

Jadi, jangan tak sabar nak kahwin je. Dugaan kahwin ni besar. Jadi kau kenalah baiki diri sendiri daripada masa ke semasa. Kah!

#AmirSyahir

Jadi buat anda yang masih lagi tercari-cari dan ternanti-nanti siapa jodoh anda, adalah lebih baik anda memperbaiki diri anda dahulu. Sebelum memilih siapa yang akan menjadi pasangan hidup anda hingga ke akhir hayat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen