Lelaki Pemalu Adalah Calon Pasangan Yang Terbaik.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan hanya wanita sahaja yang mempunyai sifat pemalu, lelaki juga mempunyai sifat pemalu. Tetapi sifat pemalu mereka ini bukan seperti sifat pemalu wanita. Biasanya mereka ini malu-malu kucing sahaja, manakala wanita malu kerana air muka. Walaupun begitu, lelaki yang mempunyai sifat pemalu ini adalah lelaki yang sesuai untuk dijadikan calon suami. Berikut adalah sebab mengapa mereka ini sesuai untuk dijadikan calon suami.



1. Mereka ini setia.

Sudah nama pun pemalu, mereka ini pasti sukar untuk memikat wanita lain. Hal ini kerana, mereka ini biasanya kurang keyakinan untuk memulakan satu langkah yang baharu. Maka dengan itu, mereka ini lebih memilih untuk terus setia bersama pasangan mereka.

2. Suka wanita yang berani.

Mereka ini juga menyukai wanita yang berani, di mana wanita ini pasti akan melindungi dan mempertahankan mereka. Bukan itu sahaja, ia juga akan hilang malu apabila pasangan mereka begitu sempoi melayani mereka. Di mana tidak memandang siapa diri mereka sebenarnya.

3. Sukar untuk bertentang mata dengannya.

Sudah kata pun pemalu, mereka ini pasti tidak akan memandang wajah anda apabila anda berbual dengannya. Matanya akan tertumpu kepada perkara lain yang lebih santai dan ringan. Hal ini kerana, apabila matanya memadang anda terus ia akan menimbulkan rasa malu serta membuatnya tidak senang duduk.


4. Mempunyai matlamat hidup yang baik.

Mereka ini biasanya meletakkan matlamat hidup mereka untuk satu tujuan yang akan memberi kesan yang baik untuk mereka. Dia tidak suka seseorang mengubah matlamat mereka. Mereka mahukan seseorang yang memahaminya.

5. Berani di dalam alam maya.

Mereka ini juga kelihatan sangat berani di alam maya di mana, mereka ini mudah untuk bergurau serta mudah untuk berkata-kata. Namun begitu, apabila anda berhadapan dengannya, dia lah orang paling senyap dan sukar untuk berkata-kata.

Jangan takut untuk mendekati lelaki pemalu ini. Mungkin mereka cuma kelihatan tidak berkeyakinan di hadapan anda, namun apabila mengenalinya pasti mampu menambat hati anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen