Ciri-Ciri Lelaki Yang Menjadi Buruan Wanita Zaman Sekarang.

Apabila  zaman berubah, sudah tentu persepsi pendirian juga akan berubah. Malah segala perkara yang kita minati sudah tentu tidak sama dengan perkara yang ibu bapa kita suka juga. Pasti ia berlainan dengan zaman sekarang.



Disebabkan wanita zaman sekarang majoritinya bekerjaya, sudah pasti mereka mahukan lelaki yang lebih maskulin mengikut citarasa tersendiri. Jom ketahui antara ciri-ciri lelaki yang menjadi buruan wanita zaman sekarang…

1. Rambut beruban.

Menurut kajian dan survey yang dilakukan hampir 80% wanita menganggap lelaki yang memiliki rambut beruban dan lebat kelihatan seksi pada mata mereka. Tidak hairan mengapa dunia zaman sekarang wanita lebih suka pada lelaki yang lebih tua atau duda. Yang penting jangan suami orang ya!



2. Lelaki yang berpeluh.

Wanita zaman sekarang, jika mereka pergi ke gym mungkin ada muslihat mereka sendiri. Ini kerana mereka gemar melihat lelaki berpakaian sukan, berlari di atas Treadmill, mengangkat berat kemudian peluh menitik di atas muka, leher dan badan. Menurut kajian, ketika lelaki berpeluh, hormon yang bernama androstadienone telah meningkatkan hormon dalam badan wanita untuk menarik perhatian.

3. Mempunyai bekas luka.

Lelaki yang mempunyai bekas luka, atau bekas jerawat dimuka kelihatan lebih seksi daripada lelaki yang memiliki muka yang flawless. Ini kerana bekas-bekas tersebut menunjukkan kelakian dan keberanian seorang lelaki. Bekas luka juga mencerminkan sifat misteri dan bahaya pada lelaki tersebut.



4. Pecinta tanaman.

Menurut beberapa saintis, jika seseorang berinteraksi dengan tanaman minimum 30 minit seminggu, ianya dapat meningkatkan kesihatan. Jadi, lelaki yang gemar berkebun dan menjaga tanaman mampu berkomunikasi baik dengan wanita dan mengawal emosi mereka. Malah lelaki ini dianggap amat penyayang.

5. Berkaca mata.

Jika lelaki meminati wanita yang berkaca mata kerana dianggap comel dan kelihatan bijak. Wanita juga turut merasakan begitu. Bagi wanita lelaki ini tidak lagi dianggap seperti terlalu skema kerana kepintaran otak adalah aspek penting dalam sesebuah perhubungan. Wanita memerlukan lelaki yang bijak dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk memimpin mereka.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen