Antara Alasan Lelaki Mengapa Masih Suka Pada Wanita Yang Mengekalkan Ciri-Ciri Melayu Terakhir.

Pada zaman sekarang sudah pasti sukar untuk mencari wanita yang masih mengekalkan ciri-ciri wanita melayu terakhir dalam diri mereka, bukan? Bahkan wanita melayu terakhir ini kelihatan sangat klasik dan tradisional. Dan yang pasti mereka digambarkan sebagai wanita yang sopan santun, segala tutur bicara disusun dan sedap halwa telinga mendengarnya.



Dengan peredaran masa, masih ada lagikah wanita yang masih mengekalkan ciri-ciri tersebut? Ciri-ciri tradisional yang bagaimanakah yang mampu menarik perhatian lelaki sebenarnya?

Jom ketahui antara alasan mengapa lelaki masih suka pada wanita sebegini…

1. Mendengar lagu Irama Malaysia.

Pasti kita sudah terlupa bagaimana lagu-lagu irama Malaysia atau asli ini, bukan? Pernah dengar alunan cak lempong dengan lagu asli? Contoh lagu-lagu Dato’ Siti Nurhaliza & Noraniza Idris seperti Cindai, nirmala dan sebagainya. Masih ada lagikah wanita yang mendengar lagu sebegini?



2. Menyimpan pakaian tradisional.

Musim perayaan adalah musim dimana ramai wanita yang ingin menunjukkan baju persalinan mereka. Sama ada berbaju kurung atau berjubah. Tetapi masih ada lagikah wanita menyimpan baju kebaya, baju kebarung malah baju kurung original dan bukan baju kurung moden?  Jarang mahu melihat zaman sekarang wanita berbaju kurung original.

3. Menonton Filem klasik.

Filem klasik seperti pelakon lagenda P.Ramlee, Aziz Satar di dalam koleksi Kisah Bujang Lapok. Filem lagenda ini bukan sahaja memberi banyak pengajaran dan tauladan, malah segala lawak jenaka pasti masih segar dalam ingatan.



4. Gemar pada kuih-muih tradisional.

Mudah jika memiliki teman wanita sebegini, pergi kemana-mana tidak sukar untuk mencari makanan. Malah jika minum petang, sediakan sahaja teh tarik panas dengan kuih keria, atau kuih bahulu. Tidak perlu ke Café Hipster. Mengancam!

5. Boleh masak masakan kampung.

Zaman sekarang tidak ramai anak muda yang mampu atau rajin masak masakan kampung. Mereka hanya rajin masak ayam goring sahaja. Bagaimana mahu memikat perut bakal suami nanti? Belajarlah memasak gulai ayam cilia pi, daging salai, gulai ikan patin, ditambah pula dengan sambal belacan dan ulam, budu, cencaluk. Wow!



6. Bijak berbahas.

Dengan peredaran masa, sudah tentu wanita bekerjaya zaman sekarang lebih pada berbual dalam bahasa inggeris, malah dicampur adukkan dengan bahasa melayu lalu jadilah Manglish. Tetapi wanita yang bijak berbahas adalah, mereka masih mengekalkan tatabahasa melayu, tahu perumpamaan dan peribahasa melayu, pantun, sajak dan seumpama dengannya.

Adakah anda tergolong dalam wanita melayu terakhir?



 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen