Mengapa Cinta Kedua Adalah Lebih Baik Dari Cinta Pertama?

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata cinta pertama ini sememangnya tidak mampu dilupakan walaupun mendapat pengganti yang lebih baik. Namun begitu, kesan luka yang diberikan oleh cinta pertama ini membuat setiap orang lebih menghargai cinta keduanya, tetapi mengapa? Terdapat beberapa sebab mengapa cinta yang hadir selepas cinta pertama ini adalah lebih baik. Jom ketahuinya.



1. Belajar dari kesilapan.

Orang kata pengalaman itu akan mengajar kita erti kehidupan dan kesakitan, maka kehadiran cinta kedua ini membuatkan anda lebih belajar untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Meskipun yang dahulu juga bukan kerana kesilapan anda, tetapi anda juga tetap belajar daripada hubungan yang tidak menjadi itu.

2. Lebih berjaga-jaga kerana takut terluka.

Bukan hanya belajar daripada kesilapan, anda juga lebih berhati-hati dalam hubungan tersebut kerana takut terluka. Bukan kerana masih inginkan yang lama tetapi anda takut untuk terluka kali kedua. Hal ini kerana, apabila terluka lagi sekali kemungkinan anda akan berhenti mencari pengganti.

3. Anda lebih bijak dalam mengawal segalanya.

Kini anda telah matang dalam hubungan ini, itu yang menyebabkan anda lebih bijak dalam mengawal segalanya yang berlaku dalam hubungan anda. Anda tidak berputus asa tetapi lebih kepada berusaha untuk memastikan hubungan anda berada dalam yang selamat.


4. Anda lebih ikhlas mencintai siapa dirinya.

Hadirnya cinta kedua ini akan membuat anda lebih menerima siapa dirinya. Anda tidak lagi mengutamakan kemahuan anda. Tetapi lebih menerima segala kelebihan dan kelemahan dirinya seadanya.

5. Anda lebih bahagia.

Kehadiran cinta baru ini membuat anda melupakan cinta yang lama sedikit demi sedikit. Bukan itu sahaja, anda juga lebih merasa bahagia dengan pasangan yang baharu ini jika hendak dibandingkan dengan hubungan yang lama.

Jadi jangan takut untuk menerima kehadiran cinta kedua ini. Biasanya cinta kedua ini akan lebih membahagiakan anda berbanding yang sebelumnya. Belajar untuk ikhlas dan redha atas setiap apa yang berlaku.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen