Wanita, Anda Berhak Meminta Cerai Sekiranya Suami Anda Melakukan 6 Perkara Ini Terhadap Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita selalu dimomokkan sekiranya meminta cerai daripada suaminya, maka dia tidak akan bau syurga. Namun, hal tersebut hanyalah terpakai apabila isteri meminta cerai tanpa sebab yang munasabah. Penceraian itu bukan satu perkara yang tidak elok, tetapi kalau boleh dielakkan. Walaupun begitu, jika terdapat penganiyaan dalam rumah tangga wanita berhak untuk meminta cerai. Berikut adalah sebab-sebab wanita berhak meminta cerai.



1. Suami melakukan kezaliman.

Seorang suami sepatutnya melindungi isterinya. Tetapi sekiranya suami mendera isterinya sama anda melalui mental, fizikal dan emosi, serta memaksa melakukan perkara-perkara yang salah disisi undang-undang makaisteri berhak meminta cerai.

2. Suami tidak menunaikan tanggungjawab.

Suami merupakan ketua keluarga, dia sepatutnya membimbing anak-anak serta isteri mereka lebih mendekatkan diri kepada agama. Jika suami tidak menunaikan tanggungjawab yang wajib, maka isteri berhak untuk meminta cerai dari suaminya.

3. Suami tidak membenarkan menutup aurat.

Seorang wanita yang beragama Islam perlu menutup aurat mereka dengan sempuran dari hujung rambut ke hujung kaki, kecuali tapak tangan mereka. Tetapi sekiranya suami meminta isterinya mendedahkan auratnya kepada umum, maka isterinya berhak untuk meminta cerai.


4. Suami yang tidak pulang ke rumah.

Seorang isteri berhak meminta cerai daripada suaminya apabila suaminya tidak pulang ke rumah dalam tempoh jangka masa yang lama. Tetapi ia tidak termasuk sekiranya suami keluar mencari rezeki dalam tempoh yang lama.

5. Suami tidak memberikan nafkah.

Tugas seorang suami yng baik adalah menyediakan tempat tinggal yang selesa, makanan serta pakaian buat anak-anak dan isteri. Di mana mereka ini perlu berkerja untuk memberikan pelindungan kepada keluarga mereka. Haram bagi suami sekiranya isterinya menyedikan segalanya melainkan isterinya redha akan perkara itu.

6. Suami mempunyai penyakit berbahaya.

Sekiranya suami mempunyai penyakit bahaya yang boleh berjangkit dan memburukkan keadaan si isteri seperti HIV, AIDS, dan lain-lain lagi. Maka isteri berhak untuk meminta cerai.

Sebagai seorang wanita, jangan terlalu takut akan menjadi seorang janda. Hal ini kerana, keselamatan diri anda adalah lebih utama. Bukan itu sahaja, pasti akan anda orang lain yang akan memberi pelindungan kepada anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen