Kenali Jodoh Melalui 5 Tanda Yang Ada Pada Hubungan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Semua orang tidak tahu siapa jodoh mereka. Bukan itu sahaja anda juga tidak dapat mengagak adakah pasangan anda ini adalah jodoh anda yang anda nantikan selama ini. Walaupun begitu, anda masih lagi melihat beberapa tanda yang menunjukkan bahawa dirinya adalah jodoh untuk anda. Jom ketahuinya.



1. Tiada rahsia antara anda berdua.

Anda dan pasangan lebih bersifat terbuka, di mana anda dan dia tidak suka untuk menyimpan rahsia yang akan membuat hubungan anda renggang. Bukan itu sahaja, anda lebih suka menceritakan rahsia kepadanya kerana ia membuat anda merasa selesa dan yakin akan keselamatan rahsia tersebut.

2. Rasa selesa dan dilindungi.

Kalian merasa selesa antara satu sama lain, maka dengan itu timbul perasaan yang selesa. Bukan hanya itu, perasaan selesa itu juga merasakan anda dan pasangan saling melindungi antara satu sama lain. Walaupun tiada bahaya yang akan mengganggu hubungan kalian.

3. Menghormati satu sama lain.

Setiap pasangan yang menjalinkan hubungan yang baik sudah pasti akan mempunyai sifat menghormati antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, anda dan diri tidak memntingkan diri walaupun anda tahu perkara tersebut tersangat penting untuk anda.


4. Bersikap matang dalam setiap pergaduhan.

Siapa kata pasangan yang bahagia tidak boleh bergaduh. Anda akan bergaduh cuma anda bijak mengendalikan pergaduhan itu. Biasanya pergaduhan itu hanya akan membawa anda untuk lebih memahami pasangan anda.

5. Direstui oleh ibu bapa.

Perkara yang paling penting dan utama dalam setiap hubungan anda restu kedua ibu bapa. Jika hubungan kalian direstui, maka sudah terlihat jalan bahawa ia begitu memudahkan hubungan anda.

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti ini, ia bermaksud jodoh anda sedang dimudahkan oleh-Nya. Namun jangan begitu yakin, kerana tidak mustahil jodoh anda akan berubah. Maka dengan itu berdoalah kepada Allah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen