Kenali Perkara Yang Akan Membatalkan Satu Ikatan Pernikahan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perkahwinan atau pernikahan ini adalah satu tuntunan dalam agama. Di mana perkahwinan ini mampu mengembangkan keturunan serta menyahut fitrah yang telah difitrahkan oleh Allah. Hubungan suami isteri yang baik di mana suami atau isteri masing-masing faham akan tanggungjawab mereka serta menyayangi antara satu sama lain. Namuan begitu, terdapat punca dan situasi satu ikatan pernikahan itu boleh terbatal hingga menyebabkan perpisahan antara suami dan isteri. Berikut adalah punca-punca pernikahan boleh terbatal secara tidak sengaja.



1. Wanita yang dikahwini masih lagi dalam tempoh idah sama anda bercerai atau kematian suami.

Tempoh idah untuk isteri yang bercerai atau kematian suami adalah berbeza-beza. Daolam tempoh itu, tiada akad nikah yang baru dilakukan. Jika berlaku ia akan terbatal secara automatik. Hal ini kerana, untuk memastikan rahim si wanita itu bersih. Hal ini demi mengelakkan salah faham dan fitnah.

2. Perkahwinan tanpa wali yang sah.

Kehadiran wali pihak perempuan adalah sangat penting untuk memastikan ijab dan qabul itu berjalan lancar. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan syarat wajib dalam rukun nikah. Pernikahan tanpa wali yang sah perlu dihentikan segera kerana ditakuti hubungan antara suami isteri itu tadi adalah zina.

3. Perkahwinan atas dasar paksaan.

Satu ikatan perkahwinan seharusnya mendapat persetujuan antara kedua-dua pihak. Di mana ia adalah secara suka sama suka. Walaupun nikah ini adalah sah kerana memiliki wali sah tetapi ia boleh terbatal. Hal ini kerana satu pernikahan itu perlu mendapat persetujuan oleh kedua-duanya.


4. Perkahwinan antara lelaki sama lelaki atau wanita sama wanita tanpa diketahui.

Pernikahan ini sememangnya tidak sah, hal ini kerana terdapat persamaan jantina antara kedua-duanya. Bukan itu sahaja, walaupun telah diubah rupa parasnya sehingga menyerupai seorang wanita atau seorang lelaki ia masih lagi tetap tidak sah.

5. Wanita yang dinikahi masih isteri orang.

Seorang wanita tidak boleh menikahi lebih dari seorang lelaki. Hal ini kerana, akan ada salah faham yang berlaku apabila wanita itu mengandung. Pernikahan ini juga kan terbatal melainkan, suami terdahulunya pernah melapaskan talak tetapi ia mesti diakui oleh suaminya yang terdahulu.

Sebab itu lah sebelum berkahwin anda perlu tahu latar belakang calon pasangan anda. Jangan hanya mementingkan hati dan nafsu anda sahaja. Hal ini kerana, banyak keburukan yang akan berlaku apabila pernikahan yang tidak sepatutnya ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen