Khas Buat Wanita: Si Dia Bukan Pasangan Terbaik Untuk Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai yang berpendapat bahawa mereka telah memiliki pasangan yang terbaik buat dirinya, sedangkan pasangan mereka itu masih belum cukup terbaik. Mengapa? Hal ini kerana mereka masih lagi melakukan lima perkara yang hanya mementingkan diri mereka sahaja. Apa yang mereka lakukan? Jom ketahui.



1. Merokok dihadapan anda atau keluarga.

Dia tidak sepatutnya merokok dihadapan anda. Hal ini kerana, dia sedang membahayakan kesihatan anda sekeluarga. Dia sepatutnya lebih berhati-hati apabila merokok. Di mana ia seharusnya jauh dari anda dan keluarga serta sedikit menyorok agar udara yang tercemar itu tidak memusnahkan hidup anda sekeluarga.

2. Tidak membantu melakukan kerja rumah.

Jika dia suami anda, tetapi hanya melihat anda melakukan kerja rumah tanpa membantu juga bukan sesuatu yang elok. Dia seharusnya membantu anda dalam melakukan kerja rumah. Hal yang berkaitan rumah perlu dikongsi bersama. Barulah anda dan dia banyak masa terluang.

3. Lebih mengutamakan minat.

Dia tidak kisah akan anda, tetapi dia kisah akan minatnya. Dia lebih meminati motosikal atau kereta serta sanggup berhabis duit untuk minatnya. Manakala anda pula, dia menyuruhnya untuk mencari sendiri akan keperluan anda.


4. Sentiasa ugut perpisahan.

Anda mungkin terlalu sayang akan dirinya, sebab itu anda masih setia disisinya walaupun dia selalu ugut untuk berpisah dengan anda. Dia kelihatan tidak ikhlas dan benar-benar sayang akan anda. Jangan biarkan hati anda terluka hanya kerana anda sayang akan dirinya.

5. Menghabiskan masa bersama rakan-rakannya.

Anda sering kali dibiarkan bersendirian, manakala dirinya sibuk bersama dengan rakan-rakannya. Apabila anda memerlukan bantuan dirinya tidak kisah tetapi apabila rakannya meminta bantuan terus sahaja dia membantu. Anda sering kali dia pinggirkan apabila dia bersama dengan rakan-rakannya.

Anda seharusnya berbahagia tanpa sebarang kekecewaan dan kegelisahan. Bukan itu sahaja, anda juga layak untuk seseorang yang lebih baik dari dirinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen