5 Cara Seorang Lelaki Tunjukkan Rasa Sayang Mereka Kepada Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hampir semua wanita ingin tahu bagaimana seorang lelaki menunjukkan rasa sayang mereka terhadap pasangan mereka. Hal ini kerana, lelaki ini sukar untuk mengaku bahawa diri mereka sayang akan pasangan mereka. Mereka mungkin tunjukkan melalui perbuatan, tetapi perbuatan yang bagaimana? Wanita tidak tahu dan tidak memahami adakah setiap tindakan lelaki itu menunjukkan seorang lelaki menyayangi dirinya atau tidak.



1. Buat anda ketawa.

Perkara yang paling mudah untuk dilihat ialah, mereka ini akan mengusik anda serta membuat anda rasa gembira. Hal ini kerana, mereka suka melihat dan mendengar gelak tawa anda. Maka dengan itu, mereka terus menerus akan mengusik dan membuat anda tersenyum.

2. Sentiasa ada untuk anda.

Kebiasaannya wanita tidak perasaan bahawa pasangannya sentiasa ada di sisinya. Sedangkan pasangannya itu membalas whatsappnya dengan pantas dan sentiasa ada ketika pasangan memerlukan bantuan.

3. Lembut hati.

Lelaki juga menunjukkan rasa sayang mereka melalui tindakan yang lembut ke atas anda. Sebagai contoh, mereka tidak mengongkong anda, memaksa anda melakukan perkara yang anda tidak suka dan membuat anda sedih. Mereka juga sentiasa berlembut dengan anda.


4. Manja.

Tingkah laku mereka juga mula berubah ketika bersama anda. Pada mulanya anda mengenalinya sebagai seorang yang tegas, namun setelah bercinta dia begitu manja. Bukan hanya manja, dia juga seperti kebudak-budakan yang ingin perhatian anda.

5. Mula membebel.

Siapa kata lelaki tidak membebel. Lelaki hanya akan membebel kepada seseorang yang mereka sayangi. Hal ini kerana, mereka terlalu mengambil berat terhadap tingkah laku pasangannya. Tetapi setiap bebelan itu bukan kosong, ia penuh dengan nasihat untuk pasangannya.

Mungkin anda tidak akan Nampak bagaimana mereka tunjukkan rasa sayang mereka. Tetapi ketahuilah bahawa mereka akan lakukan lima perkara ini apabila mereka benar-benar sayang akan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen