Tips Perkahwinan: Panduan Menggunakan Duit Hantaran Dengan Sederhana.

Duit hantaran adalah salah satu perkara yang mengikut adat resam masyarakat melayu. Duit hantaran bukan lah satu perkara WAJIB YANG PERLU DILAKSANAKAN menurut islam, malah hanya untuk yang BERKEMAMPUAN SAHAJA.

Dan duit hantaran jangan lah berlebih-lebihan sehingga menyusahkan bakal pengantin yang akan berumah tangga selesainya majlis perkahwinan.  Malah duit hantaran tidak sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan perkahwinan pihak perempuan sahaja, kerana seorang bapa perlu mengeluarkan belanja untuk majlis anak perempuan mereka tanda bersyukur.



Jom ketahui tips menggunakan duit hantaran ini…

1. Jika anda mempunyai bajet hantaran sebanyak rm15,000, jangan lah habiskan kesemua duit tersebut pada sewa khemah, tempah baju, makanan tetamu dan jurufoto sahaja. Padahal ia tiada dalam rukun nikah sebenar. Amat memalukan jika duit itu mampu habis dalam masa sehari, tetapi selepas itu tiada usaha untuk duduk dirumah sendiri.

Mengapa perlu habiskan duit hanya pada kebendaan yang sementara, padahal untuk menjaga suami atau isteri adalah untuk jangka masa yang lama? Kata ‘til jannah?

2. Jadikan hantaran untuk deposit rumah pertama, jika anda masih tiada rumah sendiri. Cari bajet rumah yang anda mahu miliki dan rancang bayaran untuk lawyer, jurunilai dan sebagainya. Jika anda bijak dalam pengurusan wang, sudah pasti akan memiliki baki untuk membuat majlis.



3. Oleh kerana itu hanya mengajak saudara yang terdekat, jiran dan ahli keluarga sahaja. Jika boleh cari makanan yang berharga RM10 kebawah dengan jemputan 500 ke bawah. Jangan takut jika tidak mampu untuk mengajak semua orang atau dikata malah diumpat kerana ia bonus untuk kita ke syurga.

4. Goodies untuk tetamu, bagi Yaasin atau telur rebus sahaja, tidak perlu bermewah-mewahan.

5. Kadang-kala kita bermewah-mewahan dengan menggunakan duit hantaran adalah sebab untuk mengambil gambar dan post di sosial media. Niat pun dah salah, bagaimana mahu dapat berkat dalam perkahwinan selepas itu?



6. Duit hantaran banyak dihabiskan untuk belanja pelamin untuk bergambar, pakaian pengantin yang hanya dipakai sekali, baju untuk bridemaids? TIDAK PERLU! Tidak perlu gunakan ramai pengapit. Malah kad kahwin yang fancy.

7. Jadi manfaatkan duit hantaran untuk membeli rumah yang pertama, bukannya pada kenduri yang mewah jika anda sedar anda bukanlah anak orang yang berada dan hanya berpura-pura di sosial media.

8. Ingat, perkahwinan itu adalah jalan permulaan untuk anda memulakan rumah tangga bersama pasangan. Jika permulaan ini anda sudah boros, khuatir ia menjadi kebiasaan dan bakal menjadi pergaduhan. Jika berlaku pergaduhan salah seorang pasti mengungkit hal siapa yang banyak habis duit ketika perkahwinan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen