Seorang Ibu Harus Menjaga Kesihatan Diri Sendiri Dahulu Sebelum Anak-Anak - Pesan Yasmin Hani.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa yang tidak kenal dengan selebriti Yasmin Hani Richardson, 39 yang mempunyai dua orang anak comel iaitu Noah Ismail Wong, 4 dan Eissa Elzander Wong,1 tahun 2 bulan dari hasil perkahwinan dengan suaminya Sha’arin Mohammed Razali, 53.



Menurut Yasmin Hani, kerjayanya yang memerlukan komitmen yang tinggi dan masa yang tidak menentu itu menjadi mudah apabila kerja rumahnya menjadi ringan dengan adanya pembantu rumah yang cekap. Bukan hanya cekap, malah pembantu rumahnya itu sangat setia serta menyayangi anak-anaknya seperti anaknya sendiri.

“Sejak anak sulungnya Noah lahir lagi saya sudah memiliki pengasuh. Jadi tidak ada masalah untuk dirinya melakukan rutin yang sibuk kerana anak-anaknya akan ada orang yang menjaganya. Bukan itu sahaja, bergelar ibu moden juga sangat menyenangkan kerana kita sudah boleh menyimpan stok susu badan untuk beberapa hari,” jelasnya.

Tambahnya, sebagai seorang wanita, kita perlu menjaga kesihatan kita dan kedua barulah menjaga anak-anak. Jika kita tidak terurus bagaimana kita nak uruskan orang lain.

“Sebab itu suplemen protein sangat penting dan saya keluarkan produk berkaitan dengan makanan tambahan bersama suami. Produk yang diberi nama sweetcuts.asia ini adalah produk
protein untuk perempuan di mana ia membantu untuk membakar kalori dalam badan.


“Saya gemar bersukan kerana bersenam merupakan anti penuaan. Bukan itu sahaja, saya juga amalkan pengambilan air kosong yang banyak, makan vitamin dan suplemen. InsyaAllah jika kesihatan kita tidak terganggu sudah pasti kita boleh menjaga ahli keluarga kita dengan baik” katanya lagi.

Dirinya yang cukup rapat dengan ibunya juga berkata, ibunya sering memberikan dirinya kata kunci kebahagiaan iaitu perlu banyak bersabar. Semuanya terpulang kepada diri kita sendiri, nak kena letak limitasi pada diri, berjuang dan tak nak toleransi dalam perhubungan itu semuanya bergantung pada pilihan kita dalam mencorak kehidupan keluarga sendiri.

Yasmin Hani turut menjelaskan bahawa dia kini sedang sibuk mengendalikan sebuah program iaitu ‘Hello Doktor’ yang merupakan program keibubapaan dan kekeluargaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen