Bernikahlah Anda Dengan Pasangan Yang Bijak Dalam Pengurusan Kewangan.

Zaman sekarang, sebahagian pasangan mungkin ada yang memandang pada yang berharta dan mempunyai pendapatan tinggi. Tetapi adakah mereka bijak dalam pengurusan kewangan walaupun mempunyai banyak wang? Adakah mereka bijak berbelanja dan tidak boros, sehingga menyusahkan pasangan atau membuat pinjaman?



Kepada wanita carilah pasangan hidup yang MAMPU HIDUP BERSAMA

1. Selain mencari lelaki yang mempunyai ilmu agama dan beriman, anda haruslah mencari pasangan yang ada wawasan dalam pengurusan kewangan yang baik.

2. Jangan mencari pasangan yang hanya melebihkan perbelanjaan daripada simpanan. Perbelanjaan yang bermaksud pada aksesori kereta atau penjagaan diri sendiri yang branded.

3. Lakukan interview pada pasangan tentang pengurusan kewangan mereka sebelum berkahwin, adakah mereka bijak berbelanja atau terlalu boros sehingga tiada simpanan? Khuatir setelah perkahwinan, anda berdua tidak mampu menguruskan kewangan masing-masing sehingga perlu pinjam pada ibu bapa atau sahabat.



4. HATI-HATI jika si dia sudah mula meminjam wang daripada anda, jika sudah menjadi kebiasaan ia adalah petanda hubungan kalian tidak bahagia.

5. Dan HATI-HATI juga apabila setiap kali berjumpa atau dating, anda sahaja yang mengeluarkan duit dengan alasan si dia dompet tertinggal. Belanja untuk kereta, dompet tak tinggal?

6. Jangan elak daripada bertanya pada teman lelaki “Nanti lepas kahwin kita duduk mana ye?” jika si dia ragu-ragu dan sering mempunyai alasan “Alaaa, zaman sekarang susah la nak carik rumah, duduk rumah parents I dulu” sudah pasti si dia tidak punya wawasan.



Lelaki juga perlu nikah dengan wanita yang BEROTAK

1. Wanita bijak atau dipanggil BEROTAK tidak semestinya memiliki segulung ijazah, master atau PhD, tetapi mereka juga perlu bijak berbelanja.

2. Wajah cantik, mulus, putih gebu tetapi pinjam duit orang lain untuk membeli produk kecantikan, tidak guna juga.

3. Wanita bijak adalah wanita yang bijak menyusun strategik kewangan dalam kehidupan seperti urusan kecemasan, untuk keluarga malah ada duit untuk belanja luar jangkaan.

4. Wanita bijak tahu untuk memanfaatkan duit untuk perbelanjaan masa akan datang seperti rumah tangga dan pelaburan.

5. Jangan lah mencari wanita yang gila menghias diri sehingga berlakunya pemborosan semata-mata untuk nampak sempurna dimata orang ramai.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen