Kalau Nak Suami Happy Macam Pergi Bulan, Rujuk 18 Hadiah Kesukaan Lelaki Ini.

Oleh: Rafi

Pasti pening untuk sesetengah wanita bergelar isteri mahu mencari hadiah untuk suami bila tarikh harijadinya tidak lama lagi. Nak bagi bunga? 0.1% saja lelaki yagn minat bunga. Hendak dibelikan apa pun tak tahu, kan? Last-last bagi kek pun jadilah



'Oh so sawittttt!' kata suami. Tetapi dalam hati, 'Ai? Kek saje?'

Walaupun ramai lelaki yang tak pentingkan hadiah, namun sekali sekala apa salahnya isteri berikan hadiah terbaik buat suami. So, bagaimana nak mengetahui dan mencari hadiah yang terbaik untuk suami? Baca perkongsian tips dari ini. Semoga bermanfaat.

1. Wallet. Belikanlah untuk dia wallet baru. Lelaki ini banyak yang jenisnya selagi wallet tak hancur, selagi itulah dia pakai.

2. Wangian. Bukan nak kata lelaki ini busuk tetapi adakalanya mereka tidak sedar bahawa pentingnya wangian ini. Perempuan suka benda-benda wangi.



3. Tali pinggang. Ini pun sama seperti kes wallet. Selagi tak putus dua, kepala tak tercabut, selagi itulah dia pakai. Beli jenis yang dia pakai.

4. Stokin. Jangan 'hek eleh' sangat. Pergi tanya dia, apakah stokin dia semua berpasang-pasangan tak? Kalau dah kahwin, kau boleh jaga. Kalau belum?

5. Kemeja kosong. Kalau rasa lelaki agak buncit, jangan belikan kemeja slim fit ala-ala K-Pop. Senak perut dia nanti. Beli regular fit.

6. Baju Melayu. Saya cadangkan Gene Martino. Tapi tahukah anda, mereka ada 100 pilihan warna dan kain yang sedap dipakai?

7. CD/DVD band kesukaannya. Lebih-lebih lagi limited edition punya. Fulamak! Kalau dia dapat, pasti dia rasa nak lambung-lambung awak tau!

8. Earphone. Yang bunyi bassnya superb. Kasihanlah dia, earphone original yang datang dengan phone itu dah nak putus dah atau putih dah jadi kuning.

9. External keyboard dan juga mouse. Pertama, design kena gempak. Kedua, hanya gamers yang memahami benda ini. External keyboard is bae okay!

10. Shaver. Yang paling lawa dalam kedai itu. Percayalah yang shaver sedia ada untuk cukur misai dia dah tumpul tetapi dia dok tonyoh² juga.



11. Boxer. Ini kalau awak jenis berani. Hahaha! Saya dah kahwin tak apa. Sebab? Ah, dah kahwin nanti awak check sendiri.

12. Pisau canggih. Awak tahu tak, tak semua lelaki nak masuk dapur. Tetapi kadang-kadang bila masuk dapur, demand pisau untuk dia guna seorang.

13. PS4. Kalau duit banyak, nak dia happy macam pergi bulan, PS4 la, apa lagi? Tapi jangan sedih kalau diketepikan, okay? LOL

14. GoPro. Anda akan menukar si dia yang tak suka selfie kepada lelaki yang suka berselfie. Bolehlah awak join sekali nanti. Nak acah-acah adventure pun boleh.



15. Buku/Novel/Manga. Sesuai untuk ulat buku. Ushar-usharlah dia suka baca apa.

16. Action figure/Collectible items. Diorang nak beli tetapi rasa macam tiada kepentingan. Jadi tugas andalah untuk mengembirakan dia. Well, kids kan.

17. Sapu tangan. Simple tetapi sangat dikira sebagai mengambil berat. Sejuk hati dia bila panas, dapat lap peluh guna sapu tangan yang awak bagi.

18. Lunch Box. Untuk bekal ke tempat kerja. Nak lagi power, masukkan lunch sekali. Jangan bagi Tupperware, ada risiko nak hilang. Hahaha!

Mungkin ada yang tidak berkenan dengan senarai ini. Tetapi ingatlah, bahawa kesetiaan dan kasih sayang juga sudah cukup sempurna sebagai sebuah hadiah.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen