Bagaimana Hangatkan Kembali Hubungan Cinta Anda Yang Semakin Suram.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagi mereka yang menjalinkan hubungan yang sudah lama, pasti akan ada sedikit rasa bosan terhadap hubungan itu. Bukan itu sahaja, anda juga rasa seolah-olah tiada lagi perkara yang perlu anda lakukan untuk memikat hati si dia. Tahukah anda terdapat beberapa perkara untuk hangatkan kembali hubungan anda. berikut adalah caranya.




1. Ubah penampilan diri.

Mungkin sudah terlalu lama anda berpenampilan sebegitu, itu yang menyebabkan hubungan anda renggang. Bukan itu sahaja, ubah penampilan anda untuk menjadi seseorang yang baru. Tetapi jangan terlalu over pula ye.

2. Beri layan istimewa.

Mungkin layanan anda sudah biasa pada dirinya. itu yang menyebabkan dirinya bosan. Apa kata anda ubah gaya layanan anda. Cuba lakukan apa yang anda tidak pernah lakukan terhadapnya. Pasti dirinya terharu.

3. Luahkan kata-kata cinta.

Hubungan yang telah lama terjalin ini mungkin sudah lali dengan kata-kata cinta. Hal ini kerana, masing-masing sudah tahu hati masing-masing. walaupun begitu, cuba luahkan kata-kata anda dengan cara yang lain.



4. Buat kejutan.

Bukan dengan memberi hadiah sahaja mampu membuat dirinya terkejut dan teruja. Tapi apabila anda pergi melawatnya di tempat kerja juga akan membuat dirinya terkejut dan gembira. Itu belum lagi dengan pemberian bunga setiap kali jumpa.

Walaupun hubungan kalian telah lama, itu tidak semestinya perlu membosankan. Cuba beranikan diri untuk mencuba sesuatu yang baru. Ingat, jangan mengalah.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen