Tanda-Tanda Pasangan Anda Mengganggu Emosi Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Penderaan bukan hanya melibatkan fizikal, tetapi boleh sahaja ia melibatkan emosi. Ramai yang tidak tahu akan perkara ini. Apabila anda mula tertekan dengan hubungan anda ataupun pasangan anda ia mungkin menyebabkan penderaan emosi. Mari ketahui pasangan anda mengganggu emosi anda.




1. Membaling barang setiap kali gaduh.

Mungkin dia tidak membaling ke arah anda, tetapi ia melahirkan satu bunyi yang menandakan dirinya sedang protes akan pergaduhan tadi. Dan dia sengaja melakukan itu demi menyakitkan hati anda.

2. Memaksa.

Apabila anda tidak memberikan sesuatu yang diingininya, dia mula memaksa anda untuk mendapatkannya. Walaupun perkara itu remeh dia akan tetap memaksa anda walaupun terpaksa menelefon dan memarahi anda.

3. Rasa ingin tahu yang tinggi.

Dia memaksa anda memberitahu rutin harian anda. Bukan hanya itu, setiap pergerakan anda perlu dilaporkan kepadanya. Ia membuat anda merasa tidak bebas.



4. Merendah diri.

Bukan niat sebenar mereka untuk merendah diri tetapi sebaliknya. Mereka sengaja untuk memerli anda agar anda terasa dengan kata-katanya. Bukan itu sahaja, ia sengaja untuk menyakiti hati anda melalui kata-katanya.

Apabila pasangan anda melakukan ini, ia menandakan bahawa si dia bukannya seorang pasangan yang baik. Adalah lebih baik sekiranya anda pergi jauh darinya. Hal ini kerana, penjagaan emosi anda adalah lebih penting.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen