Kenali 5 Ciri-Ciri Si Dia Gadis Pemalu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita ini tidak akan lari dengan sifat pemalu mereka. Namun begitu, ada sahaja wanita yang akan terlebih pemalu dengan keadaan sekeliling mereka serta pasangan mereka. Malu ini bukan perkara yang dibuat-buat, ia lahir apabila anda tidak terlalu yakin dengan diri anda. Jom kenali dia yang pemalu.



1. Kelihatan kekok apabila bertemu.

Anda boleh lihat tingkah laku mereka yang pelik. Sebagai contoh, duduk dengan keadaan gelisah ataupun mengeluarkan pertanyaan yang pelik. Bukan itu sahaja, mereka lebih banyak diam dari bercakap dengan anda.

2. Peramah apabila di media sosial.

Sikap mereka ini berlainan. Apabila di media sosial mereka ini peramah tetapi apabila berhadapan mereka ini begitu pasif. Dirinya lebih selesa apabila berbual tanpa bertentangan mata.

3. Kelihatan gagap apabila berbicara.

Sudah nama pun pemalu, sudah pasti mereka ini akan gagap apabila berbicara. Mana tidaknya keyakinan diri mereka ini kurang. Itu sebab mereka gagap.



4. Berhati-hati dalam melakukan pergerakan.

Apabila mereka terlalu malu, mereka akan mula untuk tidak menjadi perhatian orang. Maka mereka akan melakukan setiap perbuatan dengan berhati-hati. Bukan itu sahaja, mereka juga mudah untuk menyorok di belakang orang.

5. Suka berahsia.

Mereka tidak suka apabila diminta untuk bercerita tentang diri mereka. Mereka ini lebih memilih untuk mendengar daripada berkata-kata. Apabila mereka berkata-kata mereka akan mula hilang fokus terhadap topik tersebut.

Jika anda salah seorang wanita yang pemalu, jangan lupa letakkan sedikit keyakinan dalam diri anda. Anda mempunyai daya tarikan yang tersendiri, jadi jangan ragu-ragu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen