4 Tanda Anda Merindui Si Dia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang yang bercinta pasti akan merindui pasangan mereka. Walaupun menjalinkan hubungan cinta jauh mahupun dekat. Perasaan rindu ini juga membuat anda rasa ingin bersamanya selalu walaupun pelbagai halangan yang menjadi punca hubungan anda. Jom ketahui adakah anda rindu akan dirinya atau tidak.



1. Mula membayangkan wajahnya setiap masa.

Wajahnya mula bermain di minda anda. Dan anda tidak mampu memadamkan perkara tersebut dari fikiran anda. Semua perkara yang anda lakukan akan membuat anda mengingati dirinya.

2. Sentiasa mengharapkan panggilan telefon darinya.

Setiap kali telefon anda berbunyi, anda harap si dia yang mencari anda. Jika orang lain yang menghubungi anda ia membuatkan anda rasa kecewa. Bukan itu sahaja, anda kerap melihat dirinya di laman media sosial.

3. Kerap rasa gelisah.

Apabila rasa rindu melanda anda akan mula rasa tidak senang duduk. Anda mula ingin berjumpa dengannya atau berbual di telefon dengannya. Rasa resah dan gelisah hanya akan hilang apabila anda bertemu dengannya.



4. Mula mengingati kenangan bersama.

Apabila dan mula mengimbas kembali kenangan ini sudah sah anda sememangnya rindu akan dirinya. Apa susah, telefon lah dirinya dan mengajaknya untuk keluar. Jangan ragu-ragu lagi akan perasaan anda.

Tidak ramai akan mengakui bahawa diri mereka merindui seseorang. Mereka biasanya lebih berharap pihak lagi satu yang memainkan peranan bukannya diri mereka.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen