Awasi Bakal Suami Anda, Jika Mereka Mempunyai 4 Masalah Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap masalah bakal suami anda adalah masalah anda juga. Maka dengan itu, anda perlu awasi kelakuan mereka agar tidak melakukan langkah yang salah. Jika mereka tersilap langkah, anda adalah orang yang perlu memainkan peranan penting untuk membuat mereka sedar akan kesilapan mereka. Berikut adalah masalah yang kerap dihadapi oleh orang lelaki.




1. Terlalu minat terhadap kereta.

Tidak salah untuk memintai kereta tetapi jika ia berlebihan ia akan mendatangkan masalah. Tidak kiralah bagi anda mahu pun dirinya. Hal ini kerana, mereka akan mula mengabaikan anda dan menghabiskan wang.

2. Merokok.

Penghisap atau penghidu asap rokok ini biasanya akan memberi kesan yang buruk terhadap kesihatan. Bukan itu sahaja, mereka juga akan membuat pembaziran yang banyak setiap bulan. Maka dengan itu, anda harus menasihati pasangan anda akan masalah ini.

3. Berbelanja barang berjenama.

Tidak salah untuk memiliki barang berjenama. Tetapi ia haruslah bersesuaian dengan tahap kewangan anda. Jika anda tidak mampu mengapa perlu menunjuk yang anda mampu. Hidup sahaja secara sederhana.



4. Tiada simpanan.

Ini amat berbahaya. Bagaimana jika kecemasan berlaku? Dan ketika itu anda dan dirinya sudah kehabisan wang. Pasti anda akan berada dalam kesusahan. Maka anda harus mula berjimat dan menabung demi kepentingan bersama.

Ia mungkin kelihatan seperti masalah biasa, tetapi lama-kelamaan ia akan menjadi parah sehingga menyusahkan diri anda sendiri. Maka anda harus menasihati pasangan anda agar masalah seperti ini tidak timbul.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen