“Syarat Berjodoh Bukan Suka Sama Suka, Syarat Berjodoh Adalah Apabila Ia Datang Dengan Niat Untuk Menikahi Mu Dengan Cepat..”

Jom hayati kisah daripada saudari Afiqah Syahindah tentang kawannya yang bertemu jodoh…

1. Si dia yang pernah bercinta dengan bekas kekasih selama 8 tahun, berpisah hanya kerana alasan yang tidak munasabah.

2. Selepas 8, tahun si dia berkawan biasa dengan seorang lelaki yang pernah menyukainya dahulu, dan dengan syarat kahwin dahulu baru bercinta.



“Tahun ni dia dah pun kahwin dengan lelaki tu. Alhamdulilah..” katanya.

Pengajaran daripada kisah ini;

Jika sudah tiada jodoh, jika si lelaki (bekas kekasih) memberi alasan tidak munsabah atau tidak, tetap bukan jodoh…

Dan orang yang kita tak pernah pandang, tak pernah kita sangkakan tu rupanya boleh juga jadi jodoh kita…



“Dalam islam sendiri menghadkan tempoh taaruf, jangan taaruf berlama lamaan, sebab ia membuka pintu fitnah, dan jangan sesekali menahan orang lain untuk menunggu kita, kalau dah bersedia kahwin, nikah, kalau tak lepaskan sahaja, jangan ditahan tahan sebab takut nya nanti kecewa di penghujung…

Ada juga sesetengah manusia yang bila bercinta dah sayang sangat, sampai kata kalau aku tak kahwin dengan dia aku akan jadi gila, jangan pernah sebut macam ni sebab ia satu doa, berdamailah dengan takdir…

Jika datang orang yang baik sama ada lelaki atau perempuan terima lah, kita memang ada hak nak tolak, tapi kita tak boleh nak tolak orang mentah mentah, hanya sebab kita tak suka dia, boleh jadi orang yang kita tolak tu orang baik, orang baik datang sekali je dalam hidup. lain lah kita dah nampak, dia tu penagih dadah ke, tunang orang, suami orang, atau suka buat jenayah, itu alasan munasabah jugak nak tolak…



Kita tak tahu berapa lama orang yang melamar kita tu merintih dengan Allah mengenai kita, kita tak tahu berapa lama dia istikharah minta petunjuk dengan Allah, jika nak tolak fikir betul betul, jika nak terima fikir betul betul. jangan main tolak sahaja, fikir baik baik takut kita terlepas yang selayaknya…

Syarat berjodoh bukan suka sama suka, syarat berjodoh adalah apabila ia datang dengan niat untuk menikahi mu dengan cepat, itulah jodoh, jodoh tidak akan membuatkan kita menunggu lama tanpa keputusan yang tak pasti. kerana jodoh adalah pilihan Allah, sedangkan harapan datang dari manusia yang akan kecewakan kita dengan sebuah perasaan rasa sayang yang tak pasti…”

“Jika telah datang kepada kalian orang yang diredhai agamanya dan akhlaknya maka kahwinkanlah (dengan anak perempuan kalian). Jika tidak, nescaya akan terjadi fitnah dan kerosakan” (HR Tirmizi)



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen