Apakah Definasi Lelaki Kacak Menurut Islam?

Bagi pandangan wanita, lelaki yang kacak, tampan dan bergaya adalah apabila seorang lelaki itu berpakaian kemas, rambut diletak minyak dan disisir rapi, mempunyai pelajaran yang tinggi, bekerjaya dan membawa kereta mewah, malah mempunyai pendapatan tetap.

Secara fizikal perlu lah tinggi, mempunyai wajah yang maskulin atau berjambang dan tidak kekok apabila berjumpa dengan orang ramai. Pasti bertuah apabila seorang wanita memiliki lelaki sebegini.



Tetapi seorang wanita akan lebih bertuah jika memiliki seorang lelaki yang…

1. Lelaki yang solat lima waktu sehari semalam. Malah bangun awal pagi untuk solat subuh berjemaah.

2. Lelaki yang menghulurkan sedekah kepada orang yang memerlukan. Dan tidak mengherdik orang-orang yang tidak berkemampuan.

3. Lelaki yang memakai pakaian yang sopan, kemas dan menutup aurat. Seperti seluar yang tidak ketat, dan sekurang-kurangnya menutup sehingga lutut.



4. Lelaki yang menghormati ahli keluarganya terutama ibu dan sentiasa menolong ibu dimana dan kemana sahaja.

5. Lelaki yang mampu menepis godaan zina dan maksiat dunia.

6. Lelaki yang tidak malu menjalankan tanggungjawab kepada adik beradik dan keluarga. Dan yang pasti lelaki ini mendahului keluarganya sendiri daripada orang lain.

7. Lelaki yang memberi ruang duduk untuk wanita atau golongan uzur di tempat-tempat awam.

8. Lelaki yang berjaya mengawal perasaan marah dengan ucapan zikrullah.



9. Lelaki yang bertutur dengan sopan dan penuh hemah dengan orang lain. Malah agak sukar untuk mendengar makian, carutan atau kata-kata lucah daripada mulut mereka.

10. Lelaki yang melaungkan azan dan menjadi imam ketika menunaikan solat.

11. Lelaki yang menyediakan nafkah zahir dan batin kepada isteri (bagi yang telah berumahtangga).

12. Lelaki yang berjaya mengawal perasaan cemburu buta terhadap isterinya.



13. Lelaki yang melayan isteri seperti seorang bidadari.

14. Lelaki yang mampu bangun dari tidurnya pada malam hari untuk melakukan ibadah sunat.

15. Lelaki yang mudah dibawa berbincang dan bertolak ansur.

16. Lelaki yang mampu berdikari dan bersungguh untuk sesuatu yang di inginkan.



Seperti Allah SWT telah berfirman;

“Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan...” (Al-Nahl: 97)

Dan..

"Sesempurna keimanan seorang mukmin, ialah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian ialah yang paling baik kepada isteri-isterinya" (HR At-Tirmidzi)



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen