Kenapa Wanita Selepas Kahwin Lebih Tertekan Berbanding Lelaki? Jom Ikuti Kisah Ini.

Berapa ramai dikalangan suami yang mengambil tahu tentang impian isteri dan sama-sama berusaha mendapatkannya atau setidaknya memberikan dia jalan lebih selesa untuk kehidupan rumahtangganya?



Jom ikuti sebahagian antara kisah dan nasihat daripada Pakar Motivasi Noor Laila Aniza Binti Zakaria..

Mulianya akhlak Nabi SAW apabila mendidik isterinya dgn akhlak yang terbaik dgn perintah Allah SWT. Isteri Nabi juga diberikan pembantu untuk memudahkan segala urusan.

Bahkan Nabi orang yang paling banyak ibadah kepada Allah, paling sempurna imannya, paling rajin bekerja dan sangat jujur tidak pernah mengambil harta isterinya untuk tujuan peribadi. Allahu Akbar!



Tetapi masyarakat kita..

"Belum lagi beban emosi wanita itu dihenyak lagi dengan suami yg mengambil duit isteri, mencuri harta isteri, menyuruh isteri berhutang, berjanji akan bayar balik, bila diminta dikata mengungkit, tak bersyukur, tak boleh sabar, menetapkan pula itu ini isteri kena bayar dgn alasan isteri bekerja kenalah bersusah bantu suami dan sebagainya...

Jika benar seorang lelaki faham agama pasti akhlaknya seperti Nabi dan tiada seorang wanita akan terkoyak emosinya sebegini teruk...

Malah ada juga tekanan-tekanan dari keluarga mertua, ipar duai sepupu sepapat, saudara mara, jiran tetangga dgn pelbagai rencah hentaman, pandai cakap, tukang mengajar, kecaman, suruhan, perintah, teguran kononnya mana boleh lelaki buat kerja rumah, mana boleh jaga anak, semua benda suami yg buat,habis isteri buat apa...?

Belum juga kisah terkuburnya cita-cita selepas kahwin dgn 'hukum buatan manusia' ,lepas kahwin,isteri kena ikut suami....


Lalu dia diajar untuk redha, sabar, taat sedangkan tak cukup duit, ibu ayah perempuan pula yg kena tanggung bagi duit sebab suami tak cukup duit.

Isteri yang tiada pemilikan apa-apa, terkulat-kulat lihat apa org lain ada sedangkan dia juga punya angan-angan dan impian. Nak bagi duit pada mak ayah yg membelanya dari kecil juga tak mampu.

Pemilikan isteri yg membunuh emosinya! Semua harap suami sedang suami tidak pula tak mampu memberi secukupnya bahkan berkira-kira pula! Ya Allah!

Ditambah suara-suara yg mengatakan isteri habiskan duit suami. Bahaya betul perkataan2 jahat ini.

Sewajarnya selepas kahwin, lebih mudah hidupnya kerana lelaki meminangnya dengan janji untuk menjaganya, mengangkat martabatnya melindunginya , meneruskan semangatnya untuk memperoleh cita-cita dan perjuangannya.


Inilah realiti, apabila kita tidak menyediakan anak-anak lelaki sebagai hero dan penyelamat, sebagai pelindung dan sanggup bersusah payah bekorban untuk anak isterinya tapi kita cerita pada anak lelaki kita, lepas kahwin ada orang jaga dia...lepas kahwin lebih terurus hidupnya...

Berapa ramai yg bercerita lepas kahwin, kena jaga isteri dengan sempurna, isteri ini amanah, bantu isteri, buat kerja2 rumah, uruskan anak, jangan harap duit isteri, usaha sungguh-sungguh,jaga mak ayahnya, jadi laki-laki bermaruah, jaga solat di masjid, jaga Al-Quran setiap hari, jaga rumahtangga dan jangan khianat. Tidak ramai bukan?

Akhirnya isteri tarik muka, penat letih, tiada lembut lembut, hanya jerit pekik, marah tidak tentu pasal, lalu dikatakan “Oh isteri tak macam dlu, isteri derhaka, isteri tidak memahami, isteri tak layak jadi ibu....”

Ajarilah isteri dengan didikan agama untuk memperbaiki  Al-Qur’an dan solatnya.

 

 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen