Adakah Si Dia Seorang Pasangan Yang Baik? 5 Tanda Si Dia Bukan Pasangan Yang Baik.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila anda sedang dilamun cinta, anda mungkin tidak sedar akan kelakuannya terhadap diri anda. Apa kata anda cuba untuk meminta pendapat dari rakan-rakan anda. Sekiranya mendapat tentangan daripada rakan-rakan anda mengenai hubungan anda dengan dirinya, apa kata anda fikir semula apa yang mereka katakan. Mungkin ada juga terlintas difikiran anda, adakah pasangan anda ini calon yang baik atau pun tidak. Jom ketahui ciri-ciri pasangan yang tidak baik untuk anda.



1. Tidak peka.

Dia ini tidak peka akan perubahan anda. Bukan dari segi penampilan atau rupa paras tetapi lebih kepada emosi anda. Dia lebih mengabaikan segala perubahan yang berlaku kepada anda. Bagi dirinya semua perkara itu tidak penting.

2. Menyekat pergaulan anda.

Pasangan anda tidak benarkan anda berkawan dengan rakan anda yang lain? Dia sedang menyekat pergaulan anda. Sebagai pasangan yang baik, dia seharusnya berkawan rapat dengan rakan anda bukanya menghalang anda berkawan.

3. Mencari anda apabila perlukan.

Sebagai pasangan anda, dia seharusnya sentiasa di sisi anda. Bukannya mencari anda apabila dia perlukan anda. Anda bukan tempatnya menghilangkan kesunyian tetapi anda adalah pasangannya. Maka anda dan dirinya harus kerap berkomunikasi untuk memastikan hubungan dalam keadaan baik.


4. Mementingkan diri.

Si dia lebih mengutamakan dirinya berbanding hubungan anda. Di sini boleh lihat bahawa anda dan hubungan bukan keutamaan bagi dirinya. Apa yang paling utama adalah dirinya sendiri.

5. Tidak menghormati anda.

Pasangan yang baik seharusnya tahu menghormati anda. Dia tidak akan mensia-siakan apa yang anda telah lakukan kepadanya.

Jika pasangan anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas, anda harus memikirkan sedalam-dalam hal ini. Ini kerana untuk mengelakkan anda terluka satu hari nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen