Wahai Wanita, Fikir Dahulu Sebelum Ingin Bercinta Dengan Suami Orang. Ini Sebabnya.

Mampukah seorang wanita bujang untuk mencintai lelaki yang sudah berkahwin, secara terangan tidak berlaku jujur dan tidak hormat pada isterinya sendiri? Sudah tentu apabila menjalinkan hubungan sulit bersama suami orang menunjukkan bahawa si dia hanya menganggap anda wanita murah yang mudah dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya.



Antara sebab yang lain…

1. Si dia tidak akan berani membuat sebarang komitmen dengan anda.

Seorang suami yang tidak bahagia dengan isterinya pasti amat gembira apabila terdapat wanita lain yang mampu memberi mereka kebahagiaan dan perhatian. Dan sudah pasti mereka akan memikat anda sebagaimana mereka memikat isterinya dahulu, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta anda sahaja.



2. Sanggup menipu isterinya.

Apabila si dia sanggup berlaku tidak jujur dan menipu isterinya, pasti suatu hari nanti anda pula yang akan ditipu olehnya. Semua ini adalah refleksi pada diri anda untuk masa hadapan. Takdir Allah SWT itu PASTI.

3. Hubungan secara sulit.

Indah kah alam percintaan anda apabila segala yang anda lakukan bersamanya perlu disorokkan daripada orang ramai termasuk ibu bapa atau sahabat? Pasti anda akan sentiasa diselubungi dengan perasaan takut jika dikejar oleh isterinya nanti apabila berjalan berdua-duaan.



4. Si dia yang lebih beruntung.

Tidak pernahkah anda terfikir bahawasanya lelaki itu yang lebih beruntung kerana bukan hanya memiliki keluarga yang amat menyayangi dirinya, bahkan memiliki anda sebagai teman simpanan yang mampu memberi perhatian. Jika mahu ke majlis formal sudah tentu lelaki ini membawa isteri mereka, bukan diri anda.

5. Pasti akan hilang hormat.

Dalam percintaan saling menghormati dan mempercayai antara satu sama lain adalah kunci kebahagiaan. Tetapi jika anda mudah terpedaya dengan lelaki sebegini yang hanya mahu ‘test market’ pasti si dia lama-kelamaan akan berasa bosan dan mempermainkan anda. Hati-hati!



6. Buang masa.

Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia anda semakin meningkat. Apabila dah tua baru mahu sedar yang anda telah terjerat dan tidak boleh melarikan diri lagi.

Jika anda mampu melarikan diri tetapi sudah pasti tidak tahu apa yang patut anda lakukan. Terasa begitu lama anda mempersiakan zaman muda dengan menjalinkan hubungan yang TIDAK BERMAKNA!



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen