Kurang Tidur Menyebabkan Anda Sukar Mendapat Jodoh? Jom Baca.

Menurut kajian jika anda mengalami sukar untuk tidur malam atau dipanggil insomnia akan menyebabkan anda sukar untuk mencari atau bertemu jodoh. Bagaimana tidur boleh mempengaruhi seseorang untuk bertemu dengan jodoh?



Ini kerana anda menjadi TIADA DAYA PENARIKAN daripada..

PENGGUNAAN GULA DAN KAFEIN YANG TERLALU BANYAK.

Anda juga sedar apabila anda mempunyai banyak kerja untuk dilaksanakan sama ada study lewat malam, atau kerja di pejabat dibawa ke rumah sudah pasti air manis atau kopi sentiasa disisi anda. Anda perlu tahu apabila terlalu banyak penggunaan kafein atau overdose ia akan menyebabkan badan anda berasa amat letih ditambah pula dengan tidur yang kurang.

Kesan daripada penggunaan kafein yang banyak akan menyebabkan kulit anda menjadi kusam dan muncul dark circle disekeliling mata. Jika anda mengambil mudah dengan penampilan anda sendiri, sudah pasti ia akan berlarutan menjadi tambah teruk jika tidak dirawat dengan secepat mungkin.



KESAN KURANG TIDUR DAN PENGGUNAAN KAFEIN.

Anda menjadi HILANG FOKUS untuk membuat sesuatu perkara. Kajian menunjukkan, jika anda tidak tidur untuk satu malam, secara operasi, tahap kesedaran kita sama seperti orang yang sedang mabuk. Apabila anda hilang fokus, sudah tentu anda sukar untuk fokus kepada perkara-perkara lain yang lebih penting seperti menjaga penampilan diri malah untuk bersosial.

Jika anda tidak menjaga penampilan dan malas untuk bersosial ini lah penyebabnya anda sukar untuk bertemu jodoh. Anda seperti tiada usaha untuk mengubah dan menjaga diri sendiri ke arah kebaikan.



Sebab itu ibu anda selalu membebel “Jangan tidur lewat malam”, “Anak dara tak elok keluar malam-malam”, “Anak dara tu pakai lah pakaian yang sopan”,…

Semua bebelan ibu pasti ada hikmahnya, anda sendiri sahaja yang tidak mahu atau malas mengambil tahu bebelan ibu anda sendiri. Bila tiada teman lelaki atau tiada lelaki yang tersangkut dengan diri anda sendiri sudah pasti anda merasa kecewa walaupun tidak menunjukkan kekecewaan itu pada orang luar.

Namun dalam hati tiada siapa yang tahu bukan? Jangan tipu pada diri sendiri.



Dan mimpi ngeri pada gadis dan wanita di luar sana, APABILA KURANGNYA TIDUR ANDA, SUDAH PASTI ANDA AKAN KERAP BERASA LAPAR.

Menurut kajian individu yang kurang tidur mempunyai tahap hormon ghrelin (hormon lapar) yang lebih tinggi daripada biasa . Ini meningkatkan keinginan untuk makanan ringan dan makan berkarbohidrat. Jadi, sudah pasti berat badan akan bertambah.

Apabila berat badan bertambah sudah pasti anda tiada keyakinan untuk mencari jodoh, hanya duduk terperap didalam rumah dan hanya membayangkan atau berangan putera raja datang meminang.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen