8 Sikap Melampau Seorang Wanita Ketika Menguji Teman Lelakinya.

Tidak salah untuk menguji kesetiaan pasangan ketika anda berdua masih belum ada ikatan yang sah hanya kerana mahu melihat kesetiannya. Tetapi jangan pula menjadi terlalu psiko atau obsess dengan teman lelaki sendiri, khuatir mereka akan lari meninggalkan anda kelak.

Jom ketahui antara sikap kejam seorang wanita yang tidak sedar telah mengguris hati lelaki…

1. Menimbulkan cemburu.

Anda sengaja berjumpa dengan rakan lelaki yang lain hanya berduaan untuk membuat teman lelaki anda cemburu. Alasannya untuk mengajar teman lelaki yang jarang memberikan perhatian dan kasih sayang. Memang apa yang dilakukan tidak salah asalkan tahu batasan dan tahu bila untuk berhenti.

2. Ujian melampau.

Ada juga sebahagian wanita gemar menguji dengan cara yang tidak masuk akal sehingga memberi tekanan sebagai contoh memaksa teman lelakinya mengikuti kemahuannya seperti menemani membeli belah sedangkan mengetahui si dia mempunyai agenda penting dan telah pun berjanji dengan rakan-rakan terlebih dulu.



3. Mengkritik.

Wanita yang gagal mengawal emosi pasti tidak sedar akan mengutuk dan mengkritik teman lelaki di khalayak orang ramai. Jangan memperkecilkan kredibiliti mereka seorang lelaki pada umum jika anda benar sayangkan mereka.

4. Melakukan kekerasan fizikal.

Pasti wanita merasakan dengan memukul dan menampar teman lelaki tidak memberi kesan pada seorang lelaki kerana kekuatan yang berbeza. Malah mereka merasakan lelaki tidak akan membalas pukulan itu kerana mereka menganggap lelaki tidak akan memukul wanita. Anda yakin?



5. Ambil kesempatan.

Jika teman lelakinya memiliki duit yang banyak dan kereta yang mudah untuk bergerak, sudah pasti wanita ingin mengambil kesempatan walaupun dengan cara yang tidak sengaja. Setelah bersenang-senang sedikit,si lelaki ditinggalkan.

6. Memanipulasi.

Bukan hanya wanita, tetapi sudah ramai yang tahu kelemahan lelaki adalah tangisan air mata seorang wanita. Jadi, wanita merasakan hanya dengan keluarnya air mata pasti mereka akan dapat apa yang mereka ingini. Mulut cembeng dan air mata? Amat sinonim dengan wanita.



7. Berbohong.

Wanita juga tidak lari dari gemar berbohong. Sebagai manusia yang tidak sempurna akalnya, pasti mereka akan cuba berbohong apabila dalam keadaan yang tersepit yang memaksa mereka untuk menipu.

8. Merahsiakan status.

Paling mengecewakan lelaki apabila wanita yang selama ini dikejar dan dipuja-puja sebenarnya telah memiliki kekasih.Sedangkan ketika proses perkenalan si wanita menampakkan dirinya sebagai seorang yang masih single dan melayan mesra setiap sikap mahu pun rayuan manis lelaki.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen