Jangan Bimbang, Lelaki Tidak Memandang 5 Perkara Ini Secara Serius.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai seorang wanita, mereka pasti mahukan sesuatu yang sempurna apabila berhadapan dengan pasangan mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga menjaga penampilan mereka dengan sebaik mungkin apabila berhadapan dengan lelaki ini. Mau tidaknya, mereka tidak mahu dipandang sebelah mata ataupun tidak mempunyai daya tarikan. Jom ketahui apa yang mereka tidak pandang secara serius itu.



1. Ketika anda tidak memakai makeup.

Lelaki ini tidak terlalu kisah sekiranya anda tidak memakai makeup. Bagi mereka, ia lagi menakutkan apabila anda mengenakan makeup yang tebal. Bukan itu sahaja, makeup yang tebal itu juga melambangkan anda akan berhabis duit untuk membeli makeup. Jadi mereka lebih memilih untuk melihat wajah semulajadi anda.

2. Siapa yang membayar ketika keluar berdating.

Biasanya wanita akan serba salah sekiranya pasangan mereka kerap mengeluarkan wang untuk membelanja mereka. Sedangkan wanita beranggapan, perkara seperti ini perlu dikongsi. Tetapi bagi lelaki, mereka tidak kisah untuk membayar kerana mereka sayang akan anda.

3. Ingin berseronok bersama teman-teman.

Jangan risau apabila anda ingin meninggalkan mereka dan berseronok bersama teman-teman anda. Mereka akan memahmi anda dan membiarkan anda untuk pergi bersama teman-teman anda. Tetapi mereka juga berharap anda juga membenarkan mereka untuk melakukan itu bersama-sama teman mereka.


4. Pemilihan pakaian.

Wanita sememangnya rumit apabila memilih pakaian. Sama ada pakaian untuk dibeli ataupun untuk keluar berjalan. Lelaki sebenarnya tidak kisah akan cara dan bagaimana anda berpakaian. Bagi mereka anda memakai apa sahaja akan menyeralahkan kecantikan anda juga.

5. Menjaga adap ketika makan.

Pernah tak anda risau ketika makan berhadapan dengan pasangan anda. Walaupun pada ketika itu anda lapar tetapi anda cuba sedaya upaya untuk mengawalnya dan berpura-pura untuk makan sedikit. Sedang lelaki ini tidak kisah berapa banyak anda makan. Apa yang mereka kisahkan adalah apa yang anda biacarakan.

Selepas ini jangan terlalu berpura-pura apabila berhadapan dengan pasangan anda. Bukan itu sahaja, beritahu sahaja apa yang anda mahu lakukan bersama teman-teman anda. Hal ini kerana mereka ini mudah untuk memahami keinginan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen