Kelakuan-Kelakuan Wanita Yang Mampu Membuat Hati Lelaki Terluka.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan hanya wanita sahaja yang boleh terluka dan kecewa oleh kelakuan pasangan. Orang lelaki juga boleh terluka dan kecewa terhadap kelakuan pasangan mereka. Mungkin tindakan seorang wanita itu tidak disengajakan, dan mungkin ia dianggap satu gurauan. Tetapi bagaimana dengan perasaan lelaki. Mereka ini bukan tunggul yang keras dari segala kelakuan atau pun kata-kata yang menyakitkan hati mereka. Jom ketahui apa kelakuan wanita yang menyakiti hati lelaki.



1. Tidak mengendahkan pasangan.

Sesiapa sahaja akan terluka apabila pasangan mereka sudah tidak memperdulikan lagi diri mereka. Walaupun mereka ini luaran kelihatan nampak tenang, tetapi mereka ini tetap mahukan perhatian daripada pasangan mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga inginkan perhatian dari seseorang yang mereka sayangi.

2. Gurauan yang menggangu.

Tanpa kita sedar kadang kala gurauan kita itu terlalu kasar untuk mereka menerimanya. Bukan itu sahaja, bergurau dengan penampilan atau rupa paras mereka juga akan menyebabkan mereka berkecil hati. Jadi jangan bergurau dengan sesuatu yang anda rasa kasar.

3. Membandingkan.

Sikap suka membandingkan ini seharusnya dielakkan. Sesiapa sahaja akan terluka apabila mereka ini dibandingkan dengan orang lain. Terutama membandingkan dari segi kelemahan dan kekurangan diri. Anda perlu ingat, tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini.


4. Bercakap belakang atau mengumpat.

Apabila anda sendiri bercakap belakang mengeni pasangan anda bersama rakan-rakan anda, ia adalah perkara yang sangat memalukan dirinya. Anda seharusnya menutup aib dirinya bukan bertindak menyebarkan segala mengenai dirinya.

5. Memintanya untuk menjadi orang lain.

Seseorang itu sudah berasa selesa dengan sifat semulajadi yang mereka miliki. Maka dengan itu, jangan pernah sesekali pun anda memintanya untuk menjadi orang lain. Tindakan itu membuat dirinya hilang keyakinan lalu melukakan hatinya.

Bukan hanya hati wanita sahaja perlu dijaga, hati seorang lelaki juga perlu dijaga seperti anda mahu hati anda dijaga. Jika anda tidak suka dilayani seperti itu, maka anda juga jangan lakukan kepada mereka perkara yang sama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen