Bertemu Di Media Sosial Hingga Membawa Ke Jinjang Pelamin.

Siapa sangka bertemu bertemu jodoh mudah hanya di media sosial. Segala-galanya bergantung pada rezeki masing-masing. Takdir Allah SWT kita tidak boleh menafikan. Sosial Media telah mempertemukan Fatin Aqilah Bt. Mohd Raman dan Shafiq Amirrudin B. Mahadi berkenalan dan mengenali hati budi masing-masing secara rapat hingga membawa keduanya ke jinjang pelamin.

Ternyata pertemuan pertama mereka berdua membawa rentetan perkenalan yang lebih rapat hingga berjaya membuka hati keduanya untuk bicara soal perkahwinan. Ikuti perkongsian perkenalan pasangan ini hingga lebih serius hingga menyatukan mereka menjadi suami isteri.



1. Mereka berdua mula berkenalan pada tahun lepas apabila si lelaki mula menegur di sosial media, dan membuat keputusan berjumpa. Pertemuan tersebut membuatkan fatin terdetik “oh this is him.. okay” dan apabila shafiq mahu menghantar pulang, fatin terus menjawab “Yes”.

2. Fatin mempelawa untuk menonton wayang ketika pertemuan pertama, dan shafiq terus bersetuju.

3. Fatin berasa amat yakin untuk berkahwin dengan shafiq walaupun berkenalan selama sebulan kerana sifatnya yang easy-going.

4. Lamaran tidak rasmi dibuat ketika mereka berdua di dalam kereta dimana shafiq berterus terang mahu mengahwini fatin, lalu fatin mengatakan jika benar-benar serius, shafiq perlu bertemu dengan ibu bapanya. Maka mereka bertunang dipertengahan tahun 2017.



5. Keluarga fatin menerima shafiq dengan hati yang terbuka kerana syaratnya biarlah lelaki tersebut mampu menjaga fatin dan benar-benar menyayangi dirinya. Apabila bertemu ibu bapa fatin setuju untuk mengahwinkan mereka.

6. Fatin merasakan tidak percaya kerana semuanya berlaku dalam masa kurang dari setahun. Ketika ini mereka masih baru dan masih belajar dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

7. Berdoa pada Allah SWT adalah salah satu cara untuk fatin apabila merasa ragu-ragu ketika berkenalan dengan shafiq. Dia yakin pada Allah SWT bahawa lelaki tersebut adalah yang terbaik untuk dirinya. Malah, pasti ada sebab mengapa dirinya bertemu dengan shafiq.



Seperti Allah SWT berfirman di dalam surah Ar-Rahman;

“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan….”

Dan Allah SWT telah berfirman;

“Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi…”

Siapa lah kita untuk menidak kuasa dan takdir Allah? Memang benar tidak semua manusia itu mempunyai rezeki yang sama dan kehidupan yang berlainan. Maka berusaha lah kita mencari dan bertawakal hanya pada Allah SWT.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen