Bagaimana Cinta Itu Mampu Mengubah Keperibadian Seseorang?

Oleh: Zuzu Yasmine

Semua orang tahu apabila bercinta ini ia begitu mengasyikkan. Ia juga membawa satu perubahan kepada seseorang itu. Bukan itu sahaja, orang disekeliling juga mudah untuk menangkap jika seseorang itu sedang dilamun cinta. Tapi betul ke dengan bercinta ini juga ia mampu untuk mengubah keperibadian seseorang? Jom ketahuinya.



1. Menjadi seorang yang overprotective.

Anda akan bertindak untuk menjadi seorang pelindung. Anda juga sedang berusaha untuk melindungi pasangan anda serta hubungan anda daripada kehadiran pihak ketiga. Sikap ini akan jelas kelihatan apabila seseorang cuba menggangu hubungan anda.

2. Segalanya terasa manis.

Apabila anda bercinta, semua perkara menjadi sangat manis bagi anda. Walaupun pasangan anda seorang yang kuat cemburu dan merimaskan, tetapi anda menyukai perbuatannya. Anda beranggapan itu kerana terlalu sayangkan diri anda.

3. Anda rasa mula stabil dalam hidup.

Jika dahulu anda merasakan anda kekurangan tapi kini tidak lagi. Kehadiran dirinya telah membuat hidup anda lebih sempurna dan stabil. Anda juga merasakan hidup anda kini penuh dengan kegembiraan.


4. Menjadikan anda kurang produktif.

Apabila terlalu sangat melayani perasaan cinta, anda terlupa untuk menumpukan perkerjaan anda. Ia akan menjejaskan tumpuan anda terhadap kerjaya anda.

5. Otak anda menjadi sangat aktif.

Otak anda bukan aktif kerana memikirkan hal perkerjaan yang memberikan keuntungan terhadap anda. Tetapi otak anda aktif akibat terlalu banyak memikirkan diriya. Bukan itu sahaja, anda juga sibuk befikir bagaimana membuat dirinya lebih bahagia.

Perubahan-perubahan seperti ini mudah untuk diketahui apabila anda bahagia ataupun sedih dalam hubungan anda. Maka denganitu, jangan terlalu berlebihan apabila anda bercinta, kerana ia ditakuti akan menjejaskan kehidupan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen