Kejatuhan Kredibiliti Lelaki Kerana Seorang Wanita. Hati-Hati Memilih Isteri.

Zaman millennial adalah zaman dimana teknologi yang semakin berkembang dan mengambil alih dalam semua urusan kerana untuk memudahkan segala pekerjaan manusia dalam masa yang singkat. Dengan adanya teknologi, manusia terlalu bergantung harap dan menjadi salah satu punca kurangnya komunikasi secara realiti.

Situasi diatas telah menjadi salah satu punca besar berlakunya kurang kepercayaan terutamanya kepada pasangan yang telah berkahwin. Seperti yang kita tahu kepercayaan antara pasangan adalah dengan adanya komunikasi yang telus dan jujur.



Apakah perkara utama yang berkaitan dengan teknologi mampu menjatuhkan kredibiliti seorang lelaki sebagai pemimpin keluarga? Malah mempermainkan ego dan emosi kaum lelaki?

MENIMBULKAN RASA CEMBURU.

Apabila seorang wanita yang bergelar isteri tidak menghormati dan menghargai suami yang disisinya pasti aplikasi di telefon bimbit menjadi tempat hiburan untuk melepaskan rasa tertekan. Kini aplikasi seperti tiktok yang mula berleluasa. Perkara paling memalukan ramai wanita yang tidak segan mempertontonkan tubuh badan sendiri pada khalayak umum.

Bukan sahaja pada aplikasi tersebut, malah jika seorang isteri berniaga dan menjual produk kecantikan, sudah tentu ingin membuat marketing yang bernas supaya dapat menarik perhatian orang ramai untuk membeli. Tetapi apa yang dilakukan oleh wanita zaman sekarang? Menunjukkan tubuh badan yang liuk melentok dan memuncungkan mulut.

Perkara ini akan menyebabkan semua mulut masyarakat melayu ingin mengata dan membuat andaian yang buruk tentang si suami. “Suami tak pandai jaga isteri macam tu lah”.


Selain daripada itu, bagaimana kejamnya seorang wanita yang mampu menjatuhkan kredibiliti seorang suami?

MERAHSIAKAN STATUS PERKAHWINAN.

Sesuatu perkara yang masyarakat jangan mengambil mudah. Seperti kenyataan diatas dimana kesan teknologi pada pasangan yang telah berkahwin, apabila terlalu ghairah mengejar populariti di sosial media, pasti ramai pengikutnya. Dan diantara pengikut tersebut pasti ramai lelaki gatal atau buaya darat.

Adakah seorang suami pasti si isteri akan memberitahu tentang status perkahwinan jika bertemu dengan lelaki yang serba cukup diluar sana? Oleh kerana itu, jika si suami bergaji kecil, tidak menjawat jawatan yang tinggi, haruslah mempunyai kelebihan disebalik kekurangan.



Bagaimana?

Mendalami ilmu agama supaya dapat mendidik isteri, jangan lepas tangan untuk tidak mengajar isteri kesan negatif apabila tidak menutup aurat dan ditunjukkan pada orang ramai.

Didik diri sendiri untuk menjadi suami yang soleh dengan menghormati ibumu dahulu, baru lah boleh berfikir tentang perkahwinan.

Dengan kata lain, berkahwin lah kerana Allah SWT. Cari lah rezeki kerana Allah SWT. Jika semua urusan bersandarkan pada Ilahi pasti kredibiliti seorang lelaki menjadi seorang suami dipandang tinggi oleh isteri malah pada pandangan masyarakat.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen