Wanita Yang Meninggal Dunia Tanpa Bertemu Jodoh. Apakah Ada Kebaikkannya?

Semua maklum bahawa Rezeki, Jodoh & Ajal adalah takdir yang telah ditentukan sejak di alam rahim lagi. Kita sebagai umat Nabi Muhammad dan seorang yang beragama Islam wajib mempercayai ketetapan takdir ini.

Berkaitan urusan Jodoh, semua orang pastinya berharap semoga dipermudahkan pertemuan jodoh dan dapat merasai kebahagiaan alam berumahtangga. Walaubagaimanapun, tidak semua orang bernasib baik dalam perihal Jodoh ini. Ada sahaja yang meninggal dunia tanpa pernah berkahwin, tanpa pernah bertemu jodohnya.



Oleh itu, apakah tidak bertemu jodoh itu adalah takdir yang tidak baik kerana tidak bernasib baik? Kebanyakkan kita sering lupa ketika berkata-kata, seolah-olah mempersoalkan dan sering tertanya-tanya 'Mengapakah dia masih belum berkahwin?'

Atau kadangkala kata-kata kita seolah-olah menghukum si bujang terlajak yang masih belum berkahwin dengan kata-kata seperti 'Tak kahwin-kahwin sampai sekarang si Polan, mesti kerana tidak cukup solat 5 waktunya atau pernah melakukan perbuatan tahyul, syirik', dan sebagainyalah.

Jangan! Jangan berkata demikian. Tidak baik. Kecil hati si bujang terlajak mendengarnya. Berbalik kita kepada Rezeki, Jodoh & Ajal adalah takdir yang telah ditentukan sejak di alam rahim lagi.



Takdir itu rahsia Allah. Sesungguhnya Allah s.w.t. yang maha penyayang serta maha mengetahui segala-galanya. Penulis ada terbaca suatu artikel yang menyatakan ada kebaikkannya juga apabila Meninggalnya Seorang Wanita Itu Tanpa Pernah Bertemu Jodohnya.

Ya Allah, benar, dia terasa hati dan berasa malu kerana tidak bertemu jodoh di sepanjang hayatnya. Namun, dengan Rahmat-Mu Ya Allah, sesungguhnya Wanita itu sebenarnya sudah terlepas daripada dosa sebagai seorang isteri yang derhaka kepada suami. Kita selalu terlepas pandang pada perkara ini. Sesungguhnya betapa apa sahaja yang telah ditetapkan oleh Allah itu adalah yang terbaik.

“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” Hadis Riwayat al Bukhari dan Muslim



Para sahabat bertanya: "Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Kerana kekufuran mereka."

Kemudian ditanya lagi: "Apakah mereka kufur kepada Allah?"

Baginda menjawab: "Mereka kufur terhadap suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya." (Riwayat Al-Bukhari)

Walaubagaimanapun, Wanita juga mudah masuk ke Syurga apabila dia menunaikan solat fardhu 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, Menjaga Kehormatan Diri, dan Mentaati Perintah Suami.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen