Apa Yang lelaki Akan Lakukan Apabila Mereka Ini Benar-Benar Tergilakan Anda? Jom Ketahuinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang lelaki mungkin sukar untuk serius dalam hubungan. Bukan itu sahaja, mereka juga akan sedikit lambat untuk matang. Biasanya lelaki ini akan menjadi punca satu hubungan itu tidak berakhir dalam hubungan yang serius. Tetapi berlainan pula apabila mereka ini sudah mula mencintai dan menyayangi anda sepenuh hati. Apa yang mereka akan lakukan? Jom ketahui.



1. Tidak kisah akan parut dan luka di wajah anda.

Apabila ia terlalu mencintai anda, dia melihat anda begitu cantik dan sempurna. Segala kekurangan anda dia lihat sebagai satu kelebihan yang anda miliki. Bukan itu sahaja, dia juga tidak hanya memandang rupa anda tetapi memnadang hati anda.

2. Sentiasa mendengari anda.

Dia tidak pernah membelakangkan anda. Segala keputusan atau satu perkara yang perlu dibincangkan, dia akan bersedia mendengar pendapat anda. Dia tidak pernah menolak anda ke tepi tetapi mengutamakan anda dahulu.

3. Dia melakukan apa sahaja untuk mengembirakan anda.

Apabila melihat anda sedih ia akan menjadi kerisauan buat dirinya. Maka dengan itu, dia akan lakukan pelbagai perkara untuk membuat diri anda berasa gembira. Bagi dia senyuman anda adalah keutamaan dan keceriaan hubungan kalian.


4. Menemani anda membeli belah.

Setiap lelaki pasti akan merunggut apabila diajak untuk membeli belah, tetapi berlainan pula dengan dirinya. Bukan itu sahaja, mereka tidak hanya menunggu anda tetapi turut membantu anda membuat pilihan yang bersesuaian dengan anda.

Jika anda miliki lelaki seperti ini jangan pernah tinggalkan mereka. Hal ini kerana, anda tidak mungkin akan menjumpai sebaik seperti mereka ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen