Antara Persepsi Masyarakat Melayu Tentang Perkahwinan Yang Patut Diubah Terutama Pada Lelaki.

Antara nasihat orang tua dulu-dulu kepada kaum lelaki adalah mereka perlu berkahwin untuk mendapat faedah yang lebih baik atau peluang yang lebih bermanfaat apabila beristeri. Persepsi sebegini membuatkan perkahwinan zaman sekarang akhirnya tertanam sebagai sesuatu yang MUDAH dan TEMPAT MENGAUT FAEDAH untuk lelaki.



Antara perkongsian daripada Dr Zubaidi Haji Ahmad…

“Kahwinlah..

Ada orang gosokkan baju. Kalau dulu bersiap untuk ke tempat kerja jam 5.30 pagi sudah bangun, sekarang, jam 6.30 pagi bangun pun masih sempat. Sebab? Baju dah siap seterika. Yeah, kahwin maknanya boleh dapat tidur extra….

Kahwinlah..

Ada orang siapkan makan pagi. Kalau dulu, bangun pagi lambat, asyik tak sempat nak makan. Sampai ke 11 pagi baru sempat sarapan. Kalau kahwin, bangun-bangun lagi dah terus boleh makan. Dah siap makan, tinggalkan saja pinggan mangkuk cawan di meja makan dengan isteri…

Pandailah dia uruskan. Kita? Acah-acah gelabah sebab dah terlambat. Isteri lambat? Tak apa, itu masalah dia. Pandai-pandai dia jawab dengan bos dia. Yeah, kahwin bermakna dapat lebih kebebasan masa….



Kahwinlah..

Tak perlu lagi dah makan di luar. Mahal dan tak dijamin bersih! Kalau berkahwin, balik rumah makanan sudah terhidang, boleh makan sedap-sedap. Belanja pun jimat. Jimat bukan sebab makan di rumah saja, tapi kadang-kadang boleh buat-buat lupa beli barang dapur. Ada isteri tolong top up dan belikan segalanya. Yeah, kahwin untuk kita dapat  extra duit belanja…

Kahwinlah..

Boleh tidur nyenyak. Dulu kena set jam nak bangun Subuh. Subuh pun selalu terlajak. Sekarang. Tak apa. Ada isteri yang PERLU BANGUN lebih awal, ulang alik 3, 4 kali kejut dan kejut sampai suami bangun. Dulu, kalau tidur balik, terlajak bangun! Lambat ke tempat kerja.


Dah kena marah dengan bos. Kalau dah kahwin, tak apa tidur semula, pandai-pandailah isteri datang berkali-kali kejutkan kita macam kanak-kanak tak faham bahasa. Yeah. Kahwin maknanya kita boleh kembali jadi kanak-kanak ribena.

Tidak hairan lah apabila selepas berkahwin lelaki bertambah senang, manakala wanita menjadi lebih bengang. Perkahwinan yang sepatutnya menjadi mahligai indah telah bertukar kesusahan pada para isteri, kerana si suami hanya mahu BERTENANG DAN TIDAK MAHU BERSUSAH-SUSAH.

Maka ingatlah, perkahwinan adalah susah dan berat bagi seorang wanita, dan perkahwinan adalah sesuatu yang jauh lebih susah dan berat bagi seorang lelaki. KERANA LELAKI ADALAH KETUA KELUARGA YANG PERLU MEMIMPIN.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen