Tanda-Tanda Anda Telah Matang Dan Bersedia Untuk Bertemu Jodoh.

Tidak semua insan akan bersedia untuk bercinta dan hanya menunggu ketika dia merasakan dirinya matang sahaja untuk menempuh alam percintaan. Malah ada juga sebahagian daripada mereka merasakan mereka masih keanak-anakkan kerana masih dibawah tanggungan ibu bapa dan tidak layak untuk bercinta.



Untuk bercinta juga ia sebenarnya mengambil masa dan terpulang pada individu sama ada untuk merasai cinta sebelum berkahwin atau pun setelah berkahwin. Oleh sebab itu ada juga sebahagian lagi daripada mereka mahu bercinta setelah berkahwin kerana ketika itu lah mereka telah matang.

Di alam perkahwinan lah yang memerlukan pasangan matang untuk menguruskan segala hal rumah tangga. Jika ia tidak berlandaskan dengan kematangan seseorang, khuatir sesuatu perkahwinan tersebut hanya lah dianggap experiment dan main-main bagi sesetengah pihak.



Mungkin anda sendiri sebenarnya tidak sedar bahawa anda telah bersedia untuk mencari calon menantu untuk ibu, tetapi terlalu sibuk pula dengan kerjaya, jadi jom ketahui antara tanda-tanda anda sebenarnya telah bersedia menempuh alam perkahwinan…

1. Anda berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri. Anda sedaya upaya untuk memperbaiki kelemahan dan keburukan supaya disenangi oleh orang ramai.

2. Anda cuba untuk berlapang dada dan menerima orang lain seadanya. Setiap pendapat individu yang berbeza pasti anda akan dengar dengan teliti walaupun ia kadang-kala menyakitkan hati. Setelah pendapat telah dikongsikan anda pasti akan cuba memberi nasihat tanpa menyampuk dan tidak taksub dengan pendapat sendiri.



3. Anda mampu untuk melepaskan kenangan silam yang terlalu pahit atau dipanggil move on. Anda tidak lagi berdendam dan simpan dalam hati. Anda hanya mahu let go sahaja. Go with the flow.

4. Anda berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Walaupun sedikit sahaja anda memberi tetapi anda mengamalkan prinsip jangan pernah meminta.

5. Anda juga melakukan sesuatu perkara hanya untuk mendapat keihklasan di hati. Bukan lakukan hanya kerana untuk mendapat penilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.



6. Anda berhenti membandingkan nasib diri dengan nasib orang lain. Anda hanya membandingkan diri dengan nasib semalam, cuba berdamai dengan diri sendiri dan tidak iri hati, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.

7. Anda tahu bezakan antara kehendak dan keperluan. Kerana di dalam perkahwinan keperluan itu yang amat mustahak untuk dilaksanakan.

8. Anda juga berhenti meletekkan nilai kebahagiaan pada kebendaan dan luaran paras rupa. Seperti anda lebih menikmati ‘rasa kopi’ daripada menikmati ‘cantiknya cawan’ tersebut.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen