Si Dia Hanya Sesuai Menjadi Rakan Baik Bukan Pasangan Anda? Jom Ketahui Tandanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sudah menjadi kebiasaan seorang wanita dan lelaki memilih untuk menjadi rakan karib. Apabila sudah berasa selesa terhadap seseorang kita selalunya akan bertindak diluar kawalan kita hingga ia menimbulkan kemeseraan yang sangat ketara di antara rakan anda yang lain. Bukan itu sahaja, anda juga sering kali diusik dengan rakan anda agar menjalinkan satu hubungan cinta. Tetapi boleh ke anda dan rakan anda menjadi sepasang kekasih? Jom ketahuinya.



1. Tiada rasa cemburu antara kalian.

Anda dan rakan anda seolah-olah tiada perasaan antara satu sama. Ia juga tidak kisah sekiranya anda bersama kawan yang berlainan jantina. Dengan ini ia menunjukkan bahawa anda tidak minat antara satu sama lain.

2. Tidak bergantung antara satu sama lain.

Anda menganggap dirinya rakan untuk berhibur dan bergelak tawa. Tetapi anda tidak pernah bergantung terhadap dirinya sepenuh hati. Anda hanya mencarinya apabila mempunyai masa lapang, bukannya anda dan dirinya perlukan antara satu sama lain untuk rutin harian.

3. Mempunyai tujuan yang berbeza.

Anda dan dirinya mempunyai perbezaan matlamat. Dirinya mahu membina kerjaya dahulu, manakala anda masih lagi mahu berseronok dalam hidup anda. Matlamat yang berbeza akan menyebabkan anda dan dirinya akan sukar mencari kesefahaman apabila menjalinkan hubungan cinta nanti.


4. Anda melihatnya dalam hubungan yang terdahulu.

Anda tidak suka bagaimana dirinya memperlakukan bekas kekasihnya dahulu. Maka ia membuatkan anda berasa dirinya bukan pilihan terbaik untuk anda. Anda juga berasa tidak mahu diperlakukan seperti bekas kekasihnya.

5. Anda tidak boleh bayangkan sekiranya dia menjadi pasangan anda.

Bagi anda ia adalah satu perkara yang agak kekok apabila sahabat baik berubah menjadi kekasih anda. Ia juga akan menimbulkan rasa tidak selesa anda terhadap rakan-rakan anda yang lain. Jadi anda rasa ia sesuatu yang tidak patut anda lakukan.

Bercinta dengan sahabat baik ini agak sukar sebenarnya. Di mana mereka ini lebih mengetahui perangai buruk anda berbanding pernagai anda yang lain. Mereka juga akan lebih selesa memperlakukan anda sebagai rakan baik bukan sepasang kekasih.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen