Ciri-Ciri Lelaki Setia. Adakah Mereka Masih Wujud?

Di zaman millennial ini, sudah pasti sukar untuk mencari pasangan yang setia. Wanita juga tidak terlepas sukar dalam mencari teman hidup yang setia kerana peredaran masa yang terlalu mencabar buat mereka. Ada sahaja dugaan yang mereka perlu tempuhi, apabila zaman sekarang ini kewujudan LELAKI setia seakan-akan samar.

Untuk mencari pasangan di laman sosial juga bukan mudah kerana ia pasti mencabar kesetiaan lelaki di awal perkenalan malah ketika di alam perkahwinan. Ia pasti mengundang seribu satu masalah di kemudian hari.



Jadi, jom ketahui ciri-ciri lelaki yang setia…

1. Tidak suka permainkan perasaan dan hati wanita.

Lelaki yang setia sudah pasti tidak suka permainkan perasaan dan hati wanita, oleh kerana itu mereka ini tergolong dalam golongan yang tidak gemar bercinta dengan ala kadar. Malah mereka juga sudah pasti tidak mahu berkenalan dengan cara mudah dalam menerima dan memberi cinta.

2. Faham kemahuan wanita.

Lelaki yang setia dapat memahami kemahuan wanita mungkin kerana ahli keluarganya yang terdapat ramai kaum wanita termasuk ibu sendiri. Yang penting lelaki yang setia ini dapat mempelajari ilmu daripada ayahnya sendiri bagaimana untuk menghormati wanita, bukannya secara total daripada ibunya sendiri.

Dan yang pasti setiap perilaku dan sikap ayahnya menjadi idola padanya.



3. Menerima kekurangan wanita seadanya.

Lelaki yang setia pasti dapat menerima kekurangan wanita dan mereka tahu cara untuk menguruskan segala hal peribadi wanita termasuk mengawal emosi mereka. Secara teori lelaki in pasti banyak mempelajari ilmu dengan kaedah membaca atau pergi ke majlis-majlis ilmiah untuk memahami situasi yang dialami seperti ibunya sendiri.

4. Bersedia berkorban apa saja.

Lelaki yang setia bakal bersedia untuk berkorban apa sahaja untuk wanita yang dicintainya. Dan dia juga tidak akan sesekali mengharapkan apa-apa balasan daripada pasangan kerana apa yang dilakukan adalah untuk membuktikan betapa dia serius dan sayang.



5. Marah bertempat dan kena waktunya.

Setiap lelaki pasti mempunyai ego dan amarah mereka sendiri. Malah bukan senang untuk menguruskan amarahnya. Lelaki yang setia sudah tentu matang dalam menguruskan segala hal dan bijak memujuk kekasih hatinya supaya tidak mudah terluka.

Jika wanita kesayangan mereka terluka, sudah tentu mereka sukar untuk mencari pengganti kerana terlalu setia.

Masih wujud lelaki yang setia, jika wanita yang mencari itu juga seorang yang setia.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen